English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, July 31, 2013

HIJRAH RAMADHAN 2013

Salam,
Sudah agak lama tidak mengemaskini blog nih...... ekoran kesibukan yang sukar dielakkan sejak awal tahun 2013 ini. Namun, kerana hari ini amat bermakna dalam kembara hijrah hidup saya maka ingin saya meluahkan catatan ini sebagai rakaman peribadi........

Hari ini 23 Ramadhan 1434 bersamaan dengan hari Khamis, 1 Ogos 2013 saya memulakan hijrah baharu dalam kerjaya dengan bertukar lokasi tugas ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, setelah berkhidmat selama lebih kurang 7 tahun 8 bulan sejak 25.11.2005 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini saya bermohon agar Allah merahmati penghijrahan ini. Alhamdulillah.... penghijrahan ini memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengalamai persekitaran kerjaya yang baharu dalam suasana yang relatif baharu juga, Insya Allah........Terima kasih Universiti Sains Malaysia, Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.....

No comments: