English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, November 1, 2012

PERSIDANGAN SERANTAU KEARIFAN TEMPATAN 2 (2012)

Pada 14 - 16 Okt. 2012 telah berlangsungnya Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2 (Regional Conference on Local Knowledge 2 [RCLK2]) bertempat di Jerejak Resort & Spa, Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Persidangan ini merupakan acara tahuna anjuran Kumpulan Kearifan Tempatan, Universiti Sains Malaysia. Persidangan pertama telah berlangsung pada Oktober 2011 bertempat di Tok Senik Resort, Langkawi. Seperti juga halnya dengan tahun lalu, persidangan pada tahun ini juga berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 120 orang pemakalah serta para peserta dari pelbagai universiti di Malysia dan negara serantau yang lain termasukalah Indonesia, Singapura dan Brunei. Kerja keras yang disumbangkan selam setahun sejak persidangan tahun lalu terasa berbaloi dengan kejayaan pengajuran persidangan kali kedua ini.

Bersama Dr. Nurul, Prof. Madya Saad, Prof. Madya Dr. Rahimah dan Dr. Norhayati dalam salah satu sesi selari seminar

Lebih menarik lagi, lima jilid buku tentang kerifan tempatan telah berjaya diterbitkan hasil daripada persidangan tahun lalu  yang menampilkan himpunan kertaskerja pembentangan para pemakalah, terangkum dalam 3 jilid berbahasa Melayu dan 2 jilid berbahasa Inggeris. Lebih mengujakan apabila buku tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh yang disasarkan dan pelancarannya turut dilaksanakan pada hari pertama persidangan oleh Naib Canselor USM, iaitu Dato' Prof. Dr. Omar Osman. Sebagai Jawatankuasa Urusetia Persidangan merangkap Ketua Editor penerbitan buku Kumpulan Kearifan Tempatan, USM, saya amat bersyukur kehadrat Illahi atas kurniaan nikmat yang dikecapai ini. Insyaallah, usaha awal ini memberi lebih semagat dan dorongan kepada saya untuk terus giat dalam melaksanakan usaha-usaha penyelidikan, pembentangan dan penerbitan ilmiah yang sasaran utamanya adalah khalayak umum. Kepada semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan acara tersebut, jutaan terima kasih diucapkan dan semoga kerjasama yang baik dalam kalangan kita semua akan terus akrab bagi memacu aktiviti-aktiviti mendatang. TERIMA KASIH......

Kearifan Tempatan, USM
 

No comments: