English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, December 1, 2010

A SEMINAR ON "FICTION & FACTION IN THE MALAY WORLD" - GOETHE FRANKFURT UNIVERSITY, GERMANY

Di hadapan kampus Westend, lokasi seminar pada hari pertama

11.11.10 (Khamis)
Pagi ni jam 6.00 pagi dalam cuaca yang sejuk sambil diiringi hujan gerimis itu, saya dan Dr. Mijie keluar dari hotel menuju ke stesen metro dengan membeli tiket berkumpulan untuk satu hari (9.30 Euro – boleh dikongsi dengan seramai 5 orang) yang jauh lebih murah berbanding tiket solo (6.80 Euro).

Dari kanan: Dr. Rashidi, Dr. Mijie, Dr. Naza, Dr. Kipli dan Saudara Nasha, para pembentang kertaskerja dari USM

Prof. Arndt Graf (Ketua Bahagian Kajian Melayu & Asia Tenggara, Goethe-Frankfurt University) sedang menyampaikan ucapan aluan

Bahkan jauh lebih murah berbanding tiket sehala yang berharga 3.80 Euro seorang. Dari stesen Messe kami berhenti untuk turun di Central Station dan dari situ kami mengambil metro lain yang menuju ke stesen Bokhenheimer Warte di mana terletaknya lokasi kampus cawangan Goethe-Frankfurt University.

Prof. Arndt Graf (Ketua Bahagian Kajian Melayu & Asia Tenggara, Goethe-Frankfurt University) sedang menyampaikan ucapan aluan

Bersama pelajar kajian Melayu yang juga merupakan pemenang tempat ke-3 pidato Bahasa Melayu 2010

Tetapi untuk hari pertama ni seminar tersebut tidak diadakan di sini. Esok baru berpindah ke sini sebab hari ni seminar diadakan di kampus Westend. Jadi dari sini kami menaiki bas dengan menggunakan tiket yang sama menuju ke kampus Westend yang turut disertai oleh pembentang kertaskerja yang lain dari beberapa universiti lain di Malaysia, Singapura, Indonesia serta Brunei Darusalam.

Bersama Para Peserta Seminar

Dari kiri: Ibu Haidi, saya, Dr. Rahimah, Assc. Prof Dr. Lurent, Cik Nawal & Dr. Nurul

Perkenalan di dalam bas bersama wakil pembentang dari pelbagai universiti itu mengeratkan lagi kemesraan kami dan menambahkan lagi jaringan kerja yang sangat bermanfaat. Jam 8.45 pagi kami semua pun tiba di kampus Westend yang cantik itu dalam suasana penghujung musim luruh yang indah. Ini menambahkan lagi semangat saya untuk berseminar di hari pertama ini.

Bersama Para Peserta Seminar

Bersama Datin Prof. Madya Dr SITI ZALIKHAH BT. MD. NOR, dari Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Bersama Para Peserta Seminar

Bersama Para Peserta Seminar

Bersama Para Peserta Seminar

Bersama Assoc. Prof. Dr. Laurent Metzger, Université de La Rochelle, France dan Dr. Aris

Bersama Assoc. Prof. Dr. Laurent Metzger, Université de La Rochelle, France

Bersama Para Peserta Seminar

Bersama Para Peserta Seminar

Bersama Para Peserta Seminar

Dr. Rashidi & Dr. Godolf

Bersama Para Peserta Seminar

Bersama Dato' Prof. Dr. Othman Yatim serta Datin

Setelah mendaftar, kami dialu-alukan untuk terus menikmati sarapan yang telah sedia terhidang sambil menantikan pembukaan seminar dimulakan. Prof. Dr. Arndt Graf sebagai pengerusi seminar memulakan ucapan aluan-aluan dan amat berbesar hati dengan penyertaan yang sangat memberangsangkan yang melibatkan peserta dan pembentang dari pelbagai universiti yang bukan sahaja dari Asia Tenggara bahkan termasuk juga Perancis, Afrika Selatan serta negara Jerman sendiri. Pembentangan kertas kerja saya berlangsung hari ini pada sebelah tengahari iaitu selepas makan tengahari dalam sessi selari. Seminar hari ini berlangsung sehingga jam 5.00 petang dan kami semua bersurai untuk pulang ke hotel masing-masing.

No comments: