English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, December 28, 2010

MUSEUM OF TOTURE, PRAGUE

18.11.10 (Khamis)



Sewaktu berada di dalam muzium tu, saya menyaksikan peralatan-peralatan yang digunakan untuk menyiksa orang yang didapati bersalah sewaktu Eropah masih berada dalam Zaman Gelap.





Lakaran gambar penyiksaan juga turut dipamerkan bagi memberikan gambaran visual kepada pelawat mengenai penggunaan peralatan tersebut. Memang amat mengerikan bila memikirkan penyiksaan yang dilakukan itu....





Dipaparkan di sini hanya sebahagian daripada gambar-gambar yang berjaya diambil sewaktu lawatan tersebut. Walaupun tertulis di hadapan pintu masuk 'tidak dibenarkan mengambil gambar', namun tiada halangan untuk membawa masuk kamera... jadi snap je la...











Thursday, December 23, 2010

PRAGUE, CZECH REPUBLIC

18.11.10 (Khamis)




Setelah semalaman berada di dalam bas, akhirnya jam 5.30 pagi kami tiba di stesen bas Florence, Prague. Malangnya kaunter tiket masih belum dibuka untuk kami membuat tempahan tempat duduk untuk menaiki bas ke destinasi berikutnya esok hari. Jadi, kami perlu menunggu sehingga jam 6.30 pagi barulah kaunter Eurolines dibuka. Dah lebih kurang sejam menunggu tu, tanpa belengah saya pun terus menuju ke kaunter untuk book seat menuju ke Budapest esok. Malangnya, saya dimaklumkan bahawa esok hari Jumaat dan hari Sabtu tiada jadual perjalanan bas dari Prague ke Budapest. Setelah berbincang, kami menukar haluan untuk pergi ke destinasi yang berikutnya iaitu Vienna, Austria





Saya dimaklumkan masih ada tempat duduk untuk kami bertiga. Bas akan bergerak pada jam 8.15 pagi esok hari iaitu Jumaat. Setelah mengesahkan tempat duduk bas tu, kami terus berjalan kaki dari stesen menuju ke hotel berdekatan yang hanya terletak di sebelah stesen Florence tu je. Penyambut tetamu hotel ni baik hati sangat sebab bagi kami daftar masuk dan terus masuk bilik tanpa perlu menunggu waktu daftar masuk tengahari nanti. Lepas saya maklumkan bahawa kami akan daftar keluar esok pagi dan tak sempat nak bersarapan kerana waktu sarapan jam 7 pagi. Lepas tu wanita penyambut tetamu tu dengan ramahnya menyatakan bahawa dia boleh bungkuskan sarapan untuk kami. Dengan girangnya saya memaklumkan kepada penyambut tetamu tu bahwa kami memerlukan sarapan vegeterian. Dia pun senyum je dan menyatakan tiada masalah......mmmm baik betul orang Prague ni....





Usai urusan di kaunter tu, kami terus masuk ke bilik masing-masing untuk mandi dan menyegarkan diri buat seketika. Bilah dah selesai kami terus terus keluar dari hotel dan menuju ke kaunter bas untuk membeli tiket pengangkutan awam yang boleh digunakan untuk tempoh satu hari. Hujan gerimis pulak pagi ni dan ia berlarutan mengiringi kami sepanjang berada di bumi Prague nih....





Bila dah dapat tiket, kami terus menuju ke stesen metro dan menuju destinasi pertama iaitu muzium Prague. Perut dah lapar sebab belum sempat sarapan lagi pagi ni, jadi kami singgah di restoran makanan segera untuk mendapatkan ’fish & chip’ dan duduk seketika. Selesai sarapan, kami naik tram pulak untuk menuju ke destinasi yang berikutnya iaitu Charles Bridge yang terkenal itu. Aktivitnya hanya melihat-lihat dambil mengambil gambar sebanyak mungkin di Charles Bridge nih... di kawasan ni juga terletaknya ’Museum of Toture’. Kami singgah dan masuk ke dalam muzium tersebut untuk melihat jenis jenis penyiksaan yang digunakan oleh manusia Eropan suatu ketika dahulu.





Setelah keluar dari muzium tu, kami menaiki tram untuk melihat-lihat sekitar kota prague melalu perjalan tram dari stesen pertama hingga stesen terakhir. Sewaktu perjalanan baliknya, kami singgah di ’old town’. Perkara pertama yang dilakukan di sini adalah mendapatkan makan tengahari di sebuah restoran makanan segera juga dan sekali lagi kami menikmati hidangan ’fish & chip’, sambil berehat-rehat dan berbual-bual. Selesai makan tengahari, kami bersiar-siar di sekitar pasar ’old town’ sambil membeli beberapa cenerahat sehinggalah malam menjelang tiba.....





Sewaktu senja menjemput malam, kami mengambil kesempatan lagi untuk mengambil gambar pemandangan kota Prague di malam hari sebelum kembali ke hotel penginapan......