Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Friday, October 22, 2010
ISU-ISU DALAM SENI KONTEMPORARI MALAYSIA
Editor: Mohd Kipli Bin Abdul Rahman
Seiring dengan era globalisasi, kesenian Malaysia kontemporari juga turut diwarnai dengan kepelbagaian isu dalam usaha menegaskan signifikasinya dengan konteks semasa demi kelestarian kewujudannya. Lima medium seni kontemporari Malaysia yang mewakili seni cetak grafik, seni seramik, seni teater, seni muzik dan seni media baru yang dihadapkan dalam buku ini membincangkan rencam isu yang berkaitan dengan ruang pengkaryaan, teknik baru pengkaryaan, stail pengkaryaan semasa serta hubungan karya seni dan pendidikan. Kelima-lima medium seni tersebut melihat aspek yang penting dalam membantu peningkatan mutu pendidikan adalah dengan megaplikasikan elemen kesenian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Isu berkaitan seni cetak yang seolah-olah dipinggirkan dalam persada kesenian di Malaysia berbanding kesenian yang lain disentuh oleh A. Rahman Bin Mohamed. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar ruang studio cetak terbuka diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk mendedahkan serta menarik lebih ramai khalayak mendekati medium seni cetak di Malaysia. Peralatan untuk pengkaryaan seni cetak perlu dipertingkatkan seperti halnya yang terdapat di luar negara. Promosi mengeni medium seni cetak juga perlu dilakukan secara lebih intensif dengan turut melibatkan bukan sahaja institusi kerajaan tetapi juga swasta. Shamsu Mohamad meneroka kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pengalaman, observasi serta eksperimentasi bersama dengan alam dalam usaha untuk menghasilkan karya seni seramik. Kaedah pembelajaran seperti ini dilihat berupaya untuk melahirkan insan mahupun artis yang sentiasa peka terhadap alam melalui bukan sahaja fizikalnya bahkan juga secara rohaniah. Mohd Kipli Abdul Rahman mengemukakan isu seni ’performance’ yang masih belum mendapat tempat yang sewajarnya dalam pengajaran dan pembelajaran seni teater di Malaysia. Sifat seni performance yang sangat terbuka dan sepontan dilihat berupaya untuk memprovokasi minda pengamal dan khalayk dalam mengemukakan sesuatu isu. Melalui karya performance yang dihasilkan, isu mengenai ’budaya plastik’ yang semakin menjadi suatu fenomena dalam masyarakat era globalisasi turut diketengahkan. Seni media baru yang merupakan bentuk kesenian yang muncul seiring dengan era pasca moden, diaplikasikan oleh Shanti Balraj sebagai kaedah alternatif pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendedahan terhadap kaedah ini dianggap wajar dalam mengeksploitasi idea dan pemikiran pelajar masa kini yang kritikal dan kreatif ekoran pendedahan terhadap kepelbagaian bentuk media baru yang melingkari kehidupan mereka. Kaedah pembelajaran sebegini juga menyediakan ruang untuk perkembangan idea dan minda pelajar. Harapan yang digalaskan kepada generasi muda ini adalah supaya mereka dapat memajukan bidang media visual pada waktu yang mendatang. Melalui puisi ’Revolusi Pendidikan Nan Suci’, Razif Mohd melontarkan gagasan mengenai kepentingan isu pendidkan multidisiplin dalam pengajaran dan pembelajaran. Keseimbangan di antara pendidikan sains dan seni dianggap sangat penting dalam mengimbangi keperluan rohaniah dan jasmaniah insan. Dari sisi lain, pembelajaran multidisiplin turut merupakan isu kontemporari dalam bidang penghasilan karya seni muzik di Malaysia.
Tuesday, October 5, 2010
'Mabuk Mistikal" ke 'FRANKFURT BOOK FAIR 2010'
Monday, October 4, 2010
MENIKMATI BUENOS AIRES - SELAMAT TINGGAL ARGENTINA... SELAMAT TINGGAL BUMI LATIN
11.6.10 (Jumaat)
Hardrock Buenos Aires
Jam 9 pagi sampai... akhirnya saya tiba di Buenos Aires semula. Dari stesen bas tu saya terus berjalan menuju ke stesen metro untuk menaiki metro pulak menuju ke penginapan saya di sini iaitu Gardenhouse Hostel. setelah tiba di hostel tu, saya terus daftar masuk. Oleh sebab hari masih pagi maka saya dialu-alukan untuk menikmati sarapan pagi. Selesai sarapan, saya perlu membesihkan diri bagi menyegarkan badan semula setelah hampir 18 jam berada di dalam bas. Hari ini saya hanya berehat-rehat di hostel sambil menonton siaran langsung bolesaepak dunia secara. Setelah agak bosan berada di hostel je, pada jam 3 petang keluar berjalan-jalan sekitar Bueonus Aires dan terus menuju ke Hard Rock Café Buenos Aires yang terletak tidak jauh dari Palermo. Tidak ada apa-apa yang sya beli di sini sekadar hanya bersiar-siar dan mengambil gambar sahaja. Sekembalinya dari situ, saya singgah di salah sebuah kedai makanan yang menjual nasi berlauk ikan.
12.6.10 (Sabtu)
Buenos Aires dalam cuaca hujan
Lepas sarapan pagi, saya berehat sahaja di hostel kerana hari ini hujan tidak henti-henti sejak subuh tadi. Pun begitu, kira-kira jam 12 tengahari saya mengagahkan diri untuk keluar bersiar-siar lagi di sekitar Buenos Aires walaupun hari masih lagi hujan. hari ini saya tiada destinasi yang khas ingin dituju. Hanya sekadar bersiar-sioar sahaja sehinggalah petang. Sewaktu pulang kira-kira jam 6 petang tu hari masih lagi hujan. Dalam perjalanan pulang tu, saya singgah di kedai semalam dan membeli nasi berlauk ikan yang sama dan terus balik ke hostel. Rasanya dalam jam 10 malam baharulah hujan reda.
13.6.10 (Ahad)
Suasana pestabola dunia di Buenos Aires
Saya masih lagi berada di Bueonus Aires dan hari ni tak hujan tapi matahari kejap-kejap timbul dan kejap-kejap tenggelam. Jadi, hari ni saya rasa sangat teruja untuk keluar ke kota. Hari ni saya teruja untuk membeli sedikit barangan kerana lusa saya dah nak berangkat pulang. Saya menuju ke pusat membeli-belah terkenal di Bueonos Ares ni iaitu di Centro. Sedikit insiden yang agak mendukacitakan berlaku pada saya hari ni....Lepas je saya melangkah keluar dari Falabella Mall, dompet saya telah di copet. Alhamsulillah.... wang tunai dan passport saya di simpan dalam dompet yang berasingan, jasi saya masih rasa bersyukur. walau bagaimanapun, semua kad kredit saya terdapat dalam dompet yang dicopet itu. Saya terus pulang ke hostel dan sesampainya sahaja di hostel saya terus menghubungi bank terlibat supaya 'block' kad kredit tersebut. Alhamsdulillah....semuanya berjalan dengan baik.
14.6.10 (Isnin)
Restoran McDonald kosher
Nampaknya pagi ni hujan lagi di Bueonus Aires ni. Jadi saya menangguhkan dahulu untuk keluar berjalan-jalan sehinggalah jam 2 petang bila hujan dah reda, saya keluar bersiarsiar sahaja dengan lebih berhati-hati lagi agar kejadian semalam tidak berulang lagi. Hari ni saya nak mengubah selera makan lalu saya ke sebuah pasaraya dan menemui sebuah restoran Mc Donalds kosher. Saya pun memesan burger ayam kosher untuk hidangan tegahari itu......
15.6.10 (Selasa)
Buenos Aires
Cuaca yang baik hari ni amat menceriakan saya dan kebetulan pula hari ni juga merupakan hari terakhir saya berada di bumi Latin. Siang hari ni saya tidak berjalan ke mana-mana lagi. Hanya mengemaskan barang dan beristirehat di hostel sambil menonton siaran langsung pesta bola dunia. Malam ni saya akan meninggalkan bumi Latin ni dengan jadual penerbangan akan berlepas pada jam 8pm. Penerbangan saya akan berlepas dari Buenos Aires balik ke Malaysia dengan melalui route yang sama seperti waktu datang tempohari. Saya meminta petugas hostel menempah teksi untuk saya berangkat ke lapangan terbang hari ini pada jam 4 petang. Tepat jam Jam 4 petang teksi yang ditempah tiba dan saya mengangkat barangan saya masuk ke dalam teksi dan terus bergerak ke lapangan terbang. Selamat tinggal Argentina......Selamat tinggal bumi Latin......

Subscribe to:
Posts (Atom)