English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, August 12, 2009

TEATER TOK JANGGUT

Pejabat Naib Canselor, USM, Pejabat Pembangunan Seni & Budaya (Dewan Budaya), USM, Pusat Pengajian Seni, USM dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar akan menganjurkan sebuah pementasan teater yang berjudul “Tok Janggut” bersempena Sambutan Majlis Konvokesyen ke-40 dan Ulang Tahun ke. -40 Universiti Sains Malaysia. Pihak produksi dengan sukacitanya menjemput tuan/puan datang menyaksikan persembahan teater “Tok Janggut” seperti butiran berikut :

Tarikh: 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Auditorium Dewan Budaya,
Universiti Sains Malaysia


Menampilkan saudara Khalid Salleh, sebagai Tok Janggut di dalam teater ini. Beliau merupakan seorang pelakon dan juga aktivis teater yang hebat dan pernah merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasific 1998 dan Pelakon Lelaki Terbaik Festival FIlem Malaysia 1999.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga menyaksikan teater arahan Seni Bayan yang tidak asing lagi di kalangan penggiat teater Pulau Pinang.

MASUK ADALAH PERCUMA

3 comments:

zubin said...

menarik tuh, tak ada reviu ke teater nih, I heard the same group of people work on it , mainly from USM Kelantan and also Hassan jali, formerly, pegawai kebudayaan kelantan

Bin Basra said...

ya, memang group yg sama telah ke usm kubang kerian, kelantan untuk buat show ni di sana pada 5- 8 ogos yg lalu. persembahan di dewan budaya usm ni adalah yang kedua kalinya atas pemintaan VC usm sempena minggu convocation usm. Malangnya i tak sempat menonton kedua-dua persembahan ini kerana terlibat dengan aktiviti yang lain. sepatutnya i pun turut berlakon dalam teater ni gak. tapi nak buat macam mana, i kena buat research i di johor pada waktu yang sama. so, tak de riview la. u lama tak dengar berita sejak tak hadir di persidangan seni UMS tempohari. ke mana menghilang?

Anonymous said...

Announcing auditions for Spring Production & Art Studio’s Production of the 2009.This multi style performances will be supervised by Studio’s Artistic Director, Ms Adeline Tan and seeking talented candidate with Singing/Acting/Poetry Speech/Aerobatic background.

There is pay for all roles.
Adult roles limited to age 17 and above.
DIVERSITY IS ENCOURAGED. All ethnic types WELCOME.
Dress for movement please!

AUDITIONS:
September 7, 2009 (Mon) @600-730pm/900-1000pm
September 8, 2009 (Tue) @600-730pm/800-930pm

Please call Ms Adeline 016-448-8318 for audition!