English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, May 9, 2009

AUN 2009



Jam 10.00 malam ini saya beserta 5 orang pelajar akan berangkat ke Bangkok Thailand bagi menyertai 7th. ASEAN Youth Cultural Forum bermula dari 10 Mei hingga 15 Mei 2009. Forum tersebut bakal diadakan di Nakhon Pathom dan Bangkok Thailand dan dianjurkan oleh tiga buah universiti terkenal di Bangkok iaitu Burapha University, Chulalongkorn University dan Mahidol University.



Tema bagi forum tersebut adalah "Percussion and Dance: Tradition Meets Contemporary" dan setiap buah universiti dari negara peserta perlu mempersembahkan sebuah persembahan yang menepati tema tersebut. Walaupun masa latihan agak suntuk kerana saya baru sahaja balik dari Bali, namun keterujaan saya untuk berkarya setelah agak lama menyepi menenggelamkan segala keraguan. Lalu saya pun memilih dua orang pelajar yang akan memainkan alatan muzik canang dan tabla [Amir Anwar & Stan Calvin] bagi mengiringi 3 orang pelajar [Nurhilyati, Shah & Hafizi] yang akan menarikan tarian kuda kepang yang dikontemporarikan, sesuai dengan tema tersebut.



Walaupun kedua-dua pemain muzik tersebut tidak mempunyai latarbelakang pendidikan muzik dan ketiga-tiga penari tidak mempunyai latar belakag pendidikan tari, tetapi minat, semangat dan kesungguhan mereka sudah memadai bagi saya. Untuk lebih memberikan makna kepada persembahan tersebut, rangka cerita turut damasukkan dalam tarian kuda kepang dan menjadikannya sebagai 'performance text' yang turut terbina oleh puing-puing teatrikal dengan iringan uzik secara 'live'. Kerangka cerita tersebut turut dimasukkan dalam sinopsis persembahan.



A Journey Trough the Fusion of a Horse Dance (Kuda Kepang)
Synopsis

With the use of a ‘horse dance’ (Kuda Kepang) as a medium of a traditional elements, this performance is trying to reveal the fusion of it form in contemporary context. It is about a journey of a Kuda Kepang’s soul that have gone through a different phase and level of civilization so as to give meaning of it form and existence to the surrounding environment and atmosphere. Distortion is the main element being applied in constructing the form of Kuda Kepang so as to portray the concept of fusion that also symbolizes a journey.

3 comments:

artisticklytouch said...

all the best doc...kalau si shah n hill tuh malas, sebat je dengan cemeti, jangan bagi muka sangat hehe kim salam kat diaorang

Anak Antu Seni said...

lain kali pi la time cuti sekolah.. boleh la ikut.. huwaaaa!!!

Penjejak Badai said...

sapa yang ganti untuk yang dr offer saya tuh?