English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, January 15, 2009

'Tanah Haram' Kerinduanku Terikat Padamu...



Alhamdulillah.....7.1.09 yang lepas saya selamat tiba di KLIA pada jam 6.00am selepas melalui lebih kurang 8 jam penerbangan dari Madinah ke KLIA dengan pesawat Saudi Arabia penerbangan haji ke 83. Maka itu tamatlah kembara suci selama 41 hari berada di bumi Arab Saudi yang merangkumi dua buah 'Tanah Haram' iaitu Mekah dan Madinah.



Titisan airmata mengiringi saat-saat perpisan bersama kedua-duanya dengan doa dan harapan yang menggunung agar diberi lagi kesempatan oleh Allah untuk melabuhkan kaki di bumi suci yang penuh keberkatan itu. Jangkamasa 41 hari terasa sangat sekejap kerana masa seolah-olah bergerak dengan pantas. Subhanallah....keberadaan di Tanah Haram bagaikan suatu 'pengalaman estetik' yang penuh keindahan hingga menenggelamkan pengalaman masa dan waktu...

2 comments:

Anak Antu Seni said...

selamat pulang ke tanah air DR !

zubin said...

Salam Hj.Dr.Kipli, sejak balik mekah ni macam diam je tak update blog, apa cite kat penang and usm?