Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Monday, October 29, 2007
BERAYA KE BALING
Weekend ni tak tau nak ke mana beraya dan dalam fikir-fikir tu kebetulan plak si Alias ajak ke kampung dia di Baling, kedah. Saya pun apa lagi, rasa teruja la plak sebab belum pernah sampai ke Baling lagi nih. Lama dah si Alias ni ajak ke kampung dia tapi tak pernah jadi-jadinya. Nak dikatakan ada rezeki agaknya maka weekend baru ni tadi pun maka jadi gak la plan nak ke Baling tu. Cadangnya nak bertolak hari jumaat petang tapi si Alias ni plak sibuk nak marking paper student yang deadlinenya pada Isnin 29 Okt. 2007. Maka tangguh la plak ke hari sabtu petang. Elok la jugak sebab hari sabtu tengahari tu En. Shamsu buat rumah terbuka dan masak nasi dagang la plak. Memang best la abang Shamsu ni masak... boleh buat berniaga beb...
So, lepas beraya tengahari sabtu tu sempat la balik rumah dan kemas baju nak dibawa ke Baling sebab Alias janji jam 6.00 petang baru bertolak dari USM. Tiba-tiba jam 4.30 petang dia dah call katanya nak betolak awal plak jam 5.00 petang tu gak sebab nak ke pasar malam kat pekan Baling. Saya baru bangun tidur terus tergesa-gesa mandi dan solat Asar dulu pas tu terus ke kampus USM sebab Alian ada kat office dia tunggu. Saya park kereta kat School of Arts dan naik kereta Alias je, ok dapat releks duduk kat sebelah sebab ada driver. Bukan senang nak jadi penumpang kat kereta Alias ni. Ni lah masanya...releks gilleerr beb...
Perjalanan dari Pulau Pinang ke Baling mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit la lebih kurang. Lalu kat highway dulu pas tu sampai kat exit kulim keluar dan terus menuju ke Baling. Ini kira first time la saya ke Baling sebab sebelum ni cuma sampai kat Kulim je. Memang la melalui hutan tetapi cantik lokasinya yang berbukit bukau tu. Jalan rayanya pun ok gak, senang la dilalui dengan kenderan. Sampai pekan Baling dah senja dah... tetapi pekan kecil ni sangat menarik sebab terletak di kawasan lembah yang dikellingi oleh bukit bukau yang mercu tandanya ialah Gunung Kulim dan di tepi gunung tu pulak dilingkari oleh pertemuan dua sungai yang membentuk kuala. Rumah Alias ni terletak di tengah-tengah pekan Kulim yang menghadap sungai dan Gunung Kulim.
Memang cantik lanskapnya dan strategik lokasinya. Rumah ni merupakan rumah warisan keluarga dan Rekabentuk juga menarik kerana msih mengekalkan rekabentuk rumah Melayu lama. So, malam tu kami pun keluar la jalan-jalan kat pasar malam tu yang sama sahaja macam pasar malam di tempat-tempat lain di Malaysia ni. Saya hanya sekadar nak melihat-lihat sahaja dan sempat la membeli beberapa jenis kuih dan murtabak untuk light dinner. Sekejap je lepas tu kami pun balik rumah dan berbual-bual sambil menonton tv sehingga jam 11.30 malam saya pun masuk tidur la sebab memang itu time tidur saya kat Malaysia ni. Waktu subuhnya pulak hujan la plak dan suasana hujan ni memang mengasyikkan dan melenakan sebab ia mengingatkan saya kepada suasana di kampun masa kecik-kecik dulu sebab bumbung rumah ni diperbuat daripada zink. Jadi bunyi titisan hujan yang jatuh di atas bumbung kedenganran dengan jelas dan menimbulkan irama sangat mengasyikkan dan mengujakan saya sambil membuaikan lena.
Hari Ahad tu saya hanya merehatkan diri sambil menonton tv di sebelah pagi tetapi selapas solat zohor sewaktu Alias masih sibuk melakukan tugasan rumahnya, saya keluar meneroka pekan kecil Baling sambil membeli-belah sedikit kat kedai-kedai lama yang menawarkan barangan dengan harga yang secara relatifnya murah. Agak lama gak saya berlegar-legar di sekitar pekan tu dan cuacanya pun agak redup dan gerimis seketika, jadi tak la terasa bahang panas sangat. Sehingga masuk waktu Asar gak la baru balik rumah dan sampai kat rumah tu alias ajak keluar pergi ke Pengkalan Hulu pulak untuk melihat-lihat barangan kar komplek duty free plak. Lepas Asar kami bertolak naik kereta yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sempai ke kompleks tu. Pemandangannya sangat cantik dan kami menaiki bukit bukau kerana kompleks duty free ni kira terletak di kawasan tanah tiinggi gak la.
Pengkalan Hulu ni terletak di dalam negeri perak yang bersempadan dengan negeri Kedah dan turut menmpatkan pejabat kastam bagi persempadanan Malaysia dan Thailand, seperti juga Bukit Kayu Hitam, Padang Besar dan Rantau Panjang. Daerah Thailand yang di seberangi di sini ialah Betong tapi kami tak dapat ke seberang sebab saya tak bawa passport sebab tak sangka pulak nak sampai ke tempat macam ni. kalau tahu lebih awal dah pasi saya bawak passport siap-siap, tentu dapat tengok daerah Betong tu macamana. Ada la membeli satu dua barang kat duty free tu syarat untuk buat buah tangan je....
Lepas tu kami menuju ke pekan Keroh plak dan singgah makan di kedai makan siam dan makanannya memang best la sebab ada citarasa siam dan tukang masaknya pun Melayu Siam la sebab kawasan ni adalah persempadanan. Cantik pemandangannya di pekan Keroh ni walaupun terpencil jauh di dalam hutan namun lanskapnya sangat indah. Kalau sekiranya ada usaha yang serius, sebenarnya kawasan-kawasan perkampungan di bahagian sebelah ('hulu' kononnya..) macam ni boleh dijadikan tourism site yang sangat menarik.
Lepas makan kami bertolak pulang ke Baling plak dan waktu balik ni rasa sekejap la plak... Sampai je kat rumah saya tak masuk dah tapi terus keluar meneroka pekan Baling sekali lagi tapi bukan untuk shopping lagi , hanya bersantai-santai sambil mengambil gambar dan menikmati keindahan Baling, daerah lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukau itu dan melahirkan sebilangan tokoh-tokoh cendikiawan dan cerdik-pandai Melayu.
Wednesday, October 24, 2007
AIDILFITRI & LAUT
Sudah lebih seminggu Aidilfitri ditinggalkan dan hampir sebulan saya tidak memasukkan entry baru dalam blog ni. Jadi, rasanya perlu juga mencatatatkan apa yang perlu walaupun sebenarnya tidak begitu banyak yang ingin diceritakan dan ada juga perkara yang terlalu personal untuk dikongsi bersama dalam blog ini. Walau bagaimanapun saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN....
kepada semua. Alhamdulillah.... Aidilfitri tempohari dapat berhari raya dengan mama dan adik beradik di Bandar Puncak Alam. Walaupun tidak semua adik beradik dapat berkumpul namun saya tetap bersyukur kerana Allah sentiasa memberikan keceriaan Aidilfitri buat kami sekeluarga. Tahun ini Allah telah memberikan ruang dan peluang buat kami menziarahi pusara babah di Manjung, Perak serta melawat sanak saudara yang berada di Seberang Perak, Chenderong Balai dan Kampung gajah. Selepas menziarahi pusara babah di Manjung, kami sekeluarga menuju ke pantai Teluk Batik untuk merehatkan diri seketika di pinggiran pantai yang menyimpan nostalgia masa silam ku sewaktu pernah tinggal di sini dahulu. Ketika merenung lautan itu mengingatkan saya kepada puisi Khalil Gibran bertajuk LAUT yang sangat mengesankan ini...
LAUT
Di tengah keheningan malam
Saat manusia tertidur di balik selimutnya,
Hutan berseru:
"Akulah pemilik kekuasaan
dibawa oleh matahari dari jantung bumi."
Laut tetap tenang, dan berkata kepada dirinya
sendiri,
"Akulah pemilik kekuasaan itu."
Batu berkata,
"Aaman menegakkanku sebagai sebuah monumen
hingga datang Hari Perhitungan";
laut tetap tenang dan bekata kepada dirinya sendiri,
"Akulah monumen itu."
Angin menderu,
"Aku mempunyai kekuatan,
aku memisahkan langit dari bumi,
Laut tetap diam dan berkata kepada dirinya sendiri,
"Akulah penguasa angin."
Sungai berkata,
"Aku adalah air yang murni
yang melepaskan dahaga orang-orang kehausan di bumi";
Laut tetap diam dan berkata kepada dirinya sendiri,
"Sungai pun milikku."
Puncak gunung berkata,
"Aku menjulang laksana bintang
di pusat langit."
Laut tetap tenang dan berkata kepada dirinya
sendiri,
"Puncak tertinggi itu adalah milikku."
Otak berkata,
"Akulah penguasa;
dunia berada di tangan orang-orang yang berkuasa";
Laut tetap tidur dan berkata kepada dirinya sendiri,
"Segalanya adalah milikku."
Setelah kepenatan direhatkan, saya dan keluarga meninggalkan pantai Teluk Batik untuk meneruskan ziarah aidilfitri ke rumah sanak saudara yang lain di sekitar negeri Perak, tempat di mana saya dilahirkan dan mengenali erti kehidupan.
Subscribe to:
Posts (Atom)