English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, April 30, 2007

workshop performance






Yessss.... inilah harinya selepas hampir sebulan lebih bereksperimentasi, kami akan mengadakan 'workshop performance' bagi melihat hasil eksperimentasi gerak yang telah kami lalui. lokasi kami ialah Taman Buluh, Spice Garden, Penang. Ruang ini kami perolehi atas jasa baik Catrine yang merupakan teman seperjuangan aktivis performance di P.Pinang dan merangkap manager di Spice Garden. so, Cat dan suaminya Ken dengan murah hati menawarkan kami ruang tempat beliau bekerja walaupun hari Ahad adalah hari cuti. Thank's a lot Cat. Catrine pada awalnya turut terlibat dalam projek eksperimentasi gerak ni, tetapi terpaksa mengundur diri kerana beliau terpaksa pulang ke London untuk menziahari dan menemani ibunya yang sakit di sana. Tapi waktu show akhir ni dia dah balik ke Penang dah. Performance kami mengambil 'ruang luar' (outdoor)sebagai ruang eksperimentasi. Turut serta datang menonton performance kami ialah Jo Anne dan temannya, Dr. Zulkifli Mohamad dari Universiti Malaya, Nizam (Sculptor) dari Lim Kok Weng University, Crew 8TV yang turut membuat penggambaran performance tersebut serta rakan-rakan aktivis performance P.Pinang. Tapi sayang, bateri kamera pulak weak, so tak dapat la ambil gambar masa performance. sempat ambik gambar masa briefing je sebelum show bermula. Akhirnya, thank's a lot to, Aida, Ang Bang Siang, Joey, Chris, David, Man Wai, Nicole, Catrine dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam projek ini. moga bertemu lagi dalam projek performance yang lain.....

Happy Dance Day











29 April merupakan hari 'Dance Day' as every year since 1982, World Dance Day will be celebrated all over the world by the international community of dancers and dance enthusiasts. The main purpose of Dance Day events is to attract the attention of the wider public to the art of dance. Special emphasis should be given to addressing a "new" public, people who do not follow dance events during the course of the year. This year's Dance Day is dedicated to the children. The International Dance Council CID UNESCO, together with UNICEF, the United Nations Children's Fund, fights for measures to give children the best start in life, because proper education forms the strongest foundation for person's future. so, Penang seperti lazimnya tidak ketinggalan menyertai program sebegini yang diketuai oleh siapa lagi kalau bukan 'Madam Heritage Heboh of Penang' iaitu Janet Pillai and the gang (Prof. Tan Sooi Beng dan Aida Reza) Aku tak terlibat secara langsung dalam projek ni sebab sibuk dan waktu performance pada bulan Jun nanti aku akan bercuti untuk kembara benua Asia dan Eropah selama sebulan. Walaupun begitu, bila ada projek sebegini tak akan ketinggalan untuk membantu di mana yang patut atau lebih tepatnya 'menyibuk' je sana sini. Masa rehearsal itu hari, iaitu pada hari sabtu 28 April bertempat di SMK Convent Light Street aku sempat untuk memberi 'support'. Ramai jugak kanak-kanak baru yang terlibat di samping kanak-kanak lama yang dah biasa terlibat dalam projek 'cummunity theater' macam ni. Selain daripada itu, orang kuat yang lain termasuk Aki (Pelajar Jepun yang sedang membuat Master Degree dalam bidang muzik di USM, Diana (Pelajar final year USM), Miechele(Pelajar tahun dua USM)dan Yoke Pin (Ko-Ordinator Arts Education Penang). So, lihat beberapa foto yang sempat diambil.

rehearsal












Hari ni Jumaat 27 April 2007 merupakan sessi terakhir projek kolaborasi 'performance' bersama Aida Redza. Setelah hampir sebulan kami melakukan eksperintasi terhadap teknik yang diangkat daripada "Laban School of Thought' (www.laban.org) yang berusaha meneliti bagaimana keupayaan tenaga manusia dapat diekspoitasi ke tahap yang paling maksimum. Rakan-rakan performer yang lain iaitu Joey, Chris, Man Wai, David, Nicole dan monitor kami ang Bang Siang, thanks a lot and it's a pleasure to have all of you in a team. Malam rehearsal ni jugak crew dari 8TV datang buat shooting untuk program baru channel tersebut iaitu 'Dare to Dream'.

Thursday, April 26, 2007

hari kedua

hari ni sebenarnya boleh katakan hari kedua la lahirnya blog aku ni. sebab baru malam semalam je pandai buat blog ni. dalam pukul 7.00 pm semalam tu. itu pun Dr Zul yang ajarkan. rupanya senang je. so harapnya kalau ada sesiapa yang sudi nak lawatai bolg aku ni dipersilakan. kalau ada komen-komen yang membina untuk penulisan dalam blog ni pun ok gak. so, sekarang ni masih lagi excited nak tulis macam-macam kat blog ni. harapnya semangat berkobar-kobar ni akan berterusan untuk masa-masa akan datang. bahan pertama yang akan dimuatkan pastinya projek kolaborasi performance bersama Aida Reza dan malam semalam dah start amik gambar yang akan dimuatkan dalam entry-entry berikutnya blog ini. tapi gambar-gambar tu masih belum di download lagi. kalau dah ready nanti akan meriah la blog ni dengan gambar-gambar Insyaallah.

Sup Penang Road






Lepas jemput Dr. Zul dari rumah Aida Reza jam 4.50 pm terus bawa balik rumah kat Tmn. Jade View. lepak sambil sembang-sembang kejap sampai jam 7.30pm. Lepas maghrib Aida call untuk pergi dinner kat Penang Road. Malam ni Aida ada meeting dengan Crew 8TV untuk persiapan shooting esok hingga Ahad. Kami jumpa dengan Idora, Haza, Rizal dan Taya sambil makan sup ekor Penang Road. Dr. Zul suka sangat makan sup tu sampai nak tambah lagi. Kebetulan pulak masa tengah syok makan sup, hari hujan tiba-tiba je. Lagi tambah nikmat makan sup ekor. Walaupun kami terpaksa tukar tempat masuk ke dalam. Tapi sup ekor punya pasal kira ok la. Lepas makan, kami terus bawa kesemua crew 8TV tu ke Actor Studio, Green Hall untuk lihat lokasi rehearsal kami malam esok. Jumpa denga manager En. Hanif dan bincang pasal penggunaan ruang dan kemudahaan pencahayaan untuk shooting malam esok. En. Hanif ni senang nak bawa berbincang, tak banyak masalah dan kerenah la. Besok malam start shooting untuk projek kolaborasi terbaru bersama Aida Reza. Harap-harap semuanya ok malam esok.

DR.Zul in Penang


Hari ini Dr.Zul datang ke Penang, kita ada pertemuan performance bersama beliau dan Aida Redza. Banyak rancangan yang diaturkan ujung minggu ini. Please be back for more.