English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, August 14, 2012

LAWATAN SANTAI SEKITAR YOGYAKARTA

18.7.12 [Rabu]
Yogyakarta, Indonesia

Hari ni merupakan aktiviti lawatan santai sebab acara yang berbentuk ilmiah telas selesai semalam. Walaupun santai namun masih ada hubungkaitnya dengan tujuan acara lawtan ini iaitu menelurusi ilmu kearifan tempatan. Jadi, usai sarapan kira-kira jam 8.30 pagi kami saya dan rakan-rakan menaiki bas menuju ke destinasi lawatan kami yang pertama hari ini iaitu Muzium Sonobodoyo. Menurut ibu Wati hari ini merupakan pendaftaran baharu untuk penggal persekolahan. Sebab itulah ramai anak-anak sekolah berbaris bergerak di dalam kumpulan. Mereka tu sebenarnya sedang melalui proses orientasi. Di Indonesia ni, bukan Mahasiswa universiti sahaja yang ada orientasi tapi bermula dari sekolah rendah dan sekolah menengah pun dah ada hari orientasi. Salah satu aktiviti orientasi ni ialah membawa murid-murid berjalan melawsat ke lokasi penting di sekitar kota Yogyakarta ni. Kalau dekat mereka di bawa berjalan kaki sahaja. Tu yang banyak murid-murid berpakaian seragam sekolah di sekitar kota ni.


Baru tiba di Muzium Ssonobodoyo

 Setibanya kami di Muzium Senibodoyo yang jaraknya dari hotel sekitar 15 minit perjalanan bas sahaja, saya lihat terdapat ramai murid sekolah di situ. Jadi, melawat muzium adalah salah satu daripada aktivi orientasi ini. Murid-murid sekolah debawa ke muzium dan didedahkan tentang seni dan budaya mereka agar rasa menghargai seni dan budaya itu tertanam dalam diri mereka. Ini merupakan suatu proses pembelajaran tidak formal yang dilakukan secara santai dan ceria. Melalui pengamatan saya, nampaknya murid-murid ini sangat gembira dengan suasana orientasi ini. Jadi saya pun turut serta menjadi sebahagian daripada murid-murid itu dan tumpang untuk mendengar taklimat dari staf muzium tentang muzium itu serta seni budayanya.

Murid sekolah yang khusyuk mendengar taklimat dari staf muzium
Artifak yang dipamerkan dalam muzim ini khusus tentang seni dan budaya Jawa terutamanya Yogyakarta serta hubungan seni budaya dengan kelultanan Jawa. Patung-patung wayang kulit daripada pelbagai watak turut dipamerkan di sini.
Dalam Muzium Sonobodoyo


Dalam Muzium Sonobodoyo
 Kami menghabiskan masa kira-kira 30 minit sahaja di muzium ini dan usai di situ kami perlu bergerak menuju destinasi yang kedua pula iaitu Kraton Hamengkobuwono, Yogyakarta. Lokasinya tidak jauh dari muzium ni dan boleh didatangi dengan berjalan kaki sahaja. Tapi sebab dah datang naik bas maka kami pun menuju  ke sana dengan menaiki bas. Kraton ni merupakan Istana raja sewaktu zaman kegemilangan era pemerintahan kesultanan Jawa dari keturunan Hamengkobuwono. Apabila pertelingakahan berlaku di antara sultan Hamengkobuwono dan sepupunya Susuhan Pakubowono maka kesultanan Jawa terpecah dua apabila Susuhan Pakubowono lari ke Surakarta (sekarang dikenali sebagai Solo) lalau medirikan istana baharu di sana. Akhirnya, pihak Belanda mengambil kesempatan atas situasi ini dan mengistiharkan Indonesia sebagai sebuah negara Republik.
Tiba di Kraton Hamengkobuwono, Yogyakarta


Kraton Hamengkobuwono, Yogyakarta
 Walaupun secara politiknya, Jawa khasnya dan Indoensia amnya tidak mempunyai raja namun bagi orang Jawa sendiri, raja masih signifikan dalam kehidupan mereka. Psyche orang Jawa masih lagi mengangap bahawa raja itu serta keturunannya sebagai pemimpin mereka yang perlu dihormati. Oleh sebab itulah maka Yogyakarta diwartakan sebagai 'Daerah Istimewa' kerana gabenornya terlantik secara keturunan iaitu dari generasi Hamengkobuwono dan bukannya melalui pilihanraya. Sebahagian besar tanah di kota Yogyakarta ini adalah hak milik sultan. Rakyat di sini dibenarkan membuat rumah di tanah milik sultan ini dan tinggal di situ secara percuma selagi mendapat kebenaran daripada keturuna sultan. Pun begitu, mereka tidak boleh memiliki geran hak milik dan tidak ada hak untuk menjual tanah dan rumah yang dimiliki. Selain itu, keturunan sultan berhak untuk menggunakan tanah yang sama untuk tujuan lain terutamanya untuk pembangunan kota sekiranya perlu.

Kraton Hamengkobuwono, Yogyakarta
Para abdi dalem yang setia menjaga tradisi kraton Jawa

Abdi  dalem junior yang telah diasuh dari kecil untuk mewarisi ketaatan terhadap tradisi kraton

Walaupun gabenor mahupun keturunan sultan tidak tinggal lagi di istana ini, namun ia masih lagi tetap dijaga rapi dan dihormati oleh para abdi dalem (abdi istana) yang setia melaksanakan tugas mereka memelihara tradisi kraton ini secara sukarela. Kebanyakan abdi dalem ini adalah daripada kalangan warga emas dan mereka bekerja secara sukarela tanpa menerima gaji. Namun kadang-kadang mereka turut diberikan ganjaran sebanyak lebih kurang 300 ribu Rupiah (RM1) sebulan. Hal ini tidak membebankan bagi mereka kerana sememangnya niat mereka menjadi abdi dalem adalah untuk menghambkan diri kepada sultan dan keturunannya. Sebilangan daripada kalangan abdi dalem itu juga merupakan para pesara penjawat awam sewaktu zaman muda mereka. Dengan berpakaian hitam dan berkaki ayam, mereka memelihara warisan kesultanan mereka dengan taat. Para pelancong juga tidak dibenarkan membelakangi para abdi dalem ini sewaktu mengambil gambar sebagai suatu tanda menghormati mereka.

Kraton Hamengkobuwono, Yogyakarta

Dalang sedang mempersemabahkan wayang golek


Barisan patung wayang golek
 Oleh sebab ini merupakan kali yang ketiga saya melawat ke kraton nih, maka tiada apa sangat yang mengujakan saya selain daripada menikmati kebesaran warisan kesultanan Jawa nih. Selebihnya, hanya menemani teman-teman yang pertama kali ke sini dan sangat teruja. Di penghujun lawatan ke kraton ni, saya singgah sebentar di panggung persembahan untuk menonton persembahan wayang golek yang dimainkan sepanjang tempoh lawatan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan istana.

Di dalam bas menuju ke Borobudur
 Selesai menonton persembahan wayang golek, saya dan rakan pun beredar keluar meninggalkan perkarangan ikraton menuju ke bas semula untuk meneruskan acara lawatan kami ke destinasi yang berikutnya, iaitu candi Borobudur yang terkenal itu. Di pertengahan jalan menuju ke candi tu, kami singgah disebuah restoran untuk mendapatkan makan tengahari. Perut pun memang tengah lapar dah ni sebab dah tegahari dah pun... menu yang disajikan adalah hidangan ala Jawa dan kami memilih di ruangan terbuka restoran ini yang berbentuk sebuah pondok berhampiran dengan tasik kecil buatan.
Restoran yang disingahi untuk makan tengahari dalam perjalanan menuju ke Borobudur
Memang agak berselera saya menikmati makan tengahari ni sambil berehat santai di bawah pondok makan tu. Usai menjamu selera tengahari itu, saya terus menunaikan solat di surau yang turut disediakan di restoran tu kerana waktu zohor pun dah masuk. Lepas solat saya terus sahaja masuk ke dalam perut bas sebab tidak mahu diganggu oleh para penjual cenderahati yang memujuk dan merayu-rayu saya supaya membeli barangan mereka. Bagi mengelakkan keadaan yang sedikit merimaskan itu, saya menyembunyikan diri di dalam bas sambil menanti rakan-rakan yang lain selesai dengan urusan mereka. Walaupun telah masuk ke dalam bas, para penjual itu masih lagi melambai-lambi saya sambil menunjukkan barangan mereka dengan harapan saya akan membeli barangan itu, kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam bas pelancong. Kesian juga tengok pera penjual tu, tapi nak buat macamana.... saya tidak ada keperluan untuk membeli barangan yang ditawarkan...pun begitu, saya menghormati kegigihan mereka untuk memastikan kelangsungan hidup...
Tiba di Borobudur

Borobudur

Borobudur
Bial semua rakan dah masuk ke dalam bas, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Borobudur dan lebih kurang 20 minit dari restoran tu, kami pun tiba....saya pun turun dari bas dan terus menuju ke kaunter pembelian tiket yang ditunjukkan oleh petugas di situ. Berbeza dengan kedatangan saya teerdahulu ke sini, kini sudah ada sedikit perubahan iaitu kaunter untuk pelancong dan orang tempatan telah dipisahkan. Jadi saya menuju ke arah bangunan yang ditunjukkan untuk membeli tiket. Ruangan kaunter untuk pelanconga asing ni sekarang merupakan sebuah bilik berhawa dingin yang berdindinga kaca dan para pelancong dijamu dengan minuman panas [kopi dan tah] dan air mineral secara percuma. Mmmm....kebetulan saya pun memang sangat teringin untuk minum kopi nih....minuman ni pulak tida limitasi dan boleh didapatkan beberapa kali yang dikehendaki.
Berbaris untuk mendapatkan kopi panas percuma

Borobodur

Bergambar ramai berlatarbelakangkan Borobudur
Setelah berehat sambil menikmati kopi tu selesai, kami bergerak dalam kumpulan dari kaunter tersebut menuju ke candi dengan ditemani oleh pemandu pelancung yang disediakan khas oleh pihak pengurusan candi. Sebelum ni, tiada perkhidmatan ini tetapi menurut pihak pengurusan hal ini dilakukan untuk berbahagi rezeki dengan penduduk tempatan hasil daripada lawatan pelancong ke daerah mereka. Kesemua ini telah termasuk dalam tiket yang dibeli itu tadi. Walaupun sepatutnya kami dikehendaki memakai kain sarung batik yang disediakan untuk masuk ke dalam candi namunn ekoran terlalu ramai pelawat yang hadir secara serentak maka mereka telah kehabisan kain batik. Jadi kami pun dikecualikan daripad memakai kain sarung batik itu.
Bergambar ramai berlatarbelakangkan Borobudur 

Bergambar ramai berlatarbelakangkan Gunung yang dikatakan meyerupai patung Buddha sedang tidur
Pose kejap sementara nak berjalan ke candi

Pose kejap sementara nak berjalan ke candi
Setelah semua sedia, pemandu pelancong pun mengajak kami memulakan perjalanan sambil bercerita serb sedikit tentang candi Borobudur dan kawasan sekitarnya. Candi ni dikatakan bukti peninggalan hindu-buddha di daerah ini. Walaupun begitu, identitinya sebagai sebuah kuil hindu-buddha masih lagi dipertikaikan dan menjadi perdebatan yang hangat dalam kalangan sarjana.
Bergambar ramai berlatarbelakangkan gunung yang dikatakan menyerupai patung Buddha sedang tidur


Candi Borobudur
Dari segi persekitaran, candi ini masih lagi tidak berubah dan sama sahaja seperti waktu sebelumnya saya tiba di sini kira-kira tujuh tahun yang lalu. Namun, di beberapa bahagian candi itu strukturnya masih dalam proses renovasi. Terdapat juga beberapa patung yang patah dan sedang diperbaiki semula. Candi ini sangat kukuh kerana ia diperbuat dariapada batu gunung berapi. Sebab itulah batunya kelihatan berwarna hitam dan namapak sangat klasik. Ukiran-ukiran yang terdapat pada bangunan candi ini menceritakan keseluruhan empik Ramayana dan juga tentang kamasutra yang mengindahkan lagi dekorasi strukturnya. kedua-dua hal ini turut dikaitkan dengan status sosial dan politik kesultanan Jawa sewaktu era kegemilangannya
Candi Borobudur

Candi Borobudur

Mendengar penerangan dari pemandu pelancong tentang Candi Borobudur
Setelah selesai memanjat anak tangga dari bawah sempai ke atas dan turun ke bawah semula, kami pun bersedia untuk meninggalkan candi yang terkenal itu dengan merakamkan fotao berlatarbelakangkan candi. Dalam perjalanan balik dari candi ke kaunter masuk tadi, saya sekali lagi dikerumuni oleh para penjual cenderahati yang memujuk dan merayu agar membeli barangan mereka. Oleh sebab tidak dapat lagi mengelak kerana lokasi bas masih agak jauh, maka akhirnya saya terpaksa mengalah dan akur dengan rayuan mereka dan membeli beberapa cenderahati yangn saya rasa berabaloi dibeli. Bila dah beli satu barang tu, mulalah kawan-kawannya yang lain mengerumuni saya dan menuntut saya membeli juga barangan mereka. Namun saya gagahkan hati untuk tidak terpujuk lagi.... kerana memang tidak ada keperlun untuk memebeli....
Mendengar penerangan dari pemandu pelancong tentang Candi Borobudur

Dalam kepayahan menolak pujukan dan rayuan itu.....ahkirnya saya tiba juga di pejabat kaunter penerimaan tadi dan saya pun terus masuk ke dalamnya dan para penjual tadi tidak boleh lagi mengikuti saya kerana mereka dilarang masuk ke kawasan itu. Baharulah saya berasa lega dan terus sahaja menuju ke meja yang menyediakan minuman tadi dan mendapatkan kopi sekali lagi sambil duduk berbual menyertai teman-teman lain yang sudah sedari awal tiba di situ....setelah menghabiskan kopi, saya dan rakan-rakan keluar dari bangunan kaunter penerimaan dan berjalan menuju ke bas. Sementara itu, saya sempat singgah di kedai jualan cenderahati yang berserakan di kiri kanan jalan menuju ke bas tu lalu membeli beberapa cenderahati yang memang saya bercadang nak beli...



Candi Borobudur

Bergambar ramai berlatarbelakangkan Borobudur sebelum menamatkan lawatan
Setelah membayar harga cenderahati tu, saya terus berlalu dari situ menuju ke bas dengan tergesa-gesa kerana rakan-rakan dah memanggil agar segera menaiki bas untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Nak ke mana plak lepas ni...? mmmppphhh....ke mana lagi....sebab hari pun dah makin gelap dan perut pun dah boleh tahan laparnya.... kami berpesan kepada ibu Wati agar terus sahaja membawa kami untuk makan malam.... bas pun bergerak menuju ke kota Yogyakarta dan setibanya di bandar, semua bersetuju untuk menikmati hidangan nasi Padang. Jadi kami pun singgah sekali lagi di Restoran Sederhana tempohari dan makan malam di situ. Saya pun betul-betul menikmati lauk kegemaran saya di sini iaitu 'kikil'.....Usai makan malam kami di bawa pulang semula ke hotel dan boleh melakukan aktiviti bebas selepas itu..... saya hanya merehatkan diri di bilik sambil menonton tv dan akhirnya tertidur.......

Friday, August 10, 2012

ACARA KEMUNCAK LAWATAN

17.7.12 [Selasa]
Sedang tiba di Falkutas Ilmu Budya, UGM untuk pendaftaran kolokium
Hari ni saya bersiap sedia dengan baju batik memandangkan ia merupakan kemuncak lawatan akademik ke UGM Yogyakarta sebab hari ni saya dan bebarapa rakan lain yang mewakili bidang kepakaran masing-masing akan membentangkan kertaskerja dalam majlis kolokium yang dianjurkan oleh Fakultas Ilmu Budaya [FIB], UGM dengan kerjasama Universiti sains Malaysia. Usai sarapan di hotel, kira-kira jam 8.00 pagi, kami semua menaiki bas menuju ke UGM. Tiba di UGM, kami terus dibawa menuju dewan tempat belangsungnya kolokium yang dijadualkan hari ini.
Sedang beratur untuk mendaftarkan diri menyertai kolokium
Sesampainya di dewan persidangan, kami semua terus sahaja naik ke tingkat satu untuk mendaftarkan diri yang turut juga disertai oleh wakil dari tuan rumah sendiri iaitu staf FIB, UGM.
Sedang menulis nama pada buku pendaftaran
Sedang mengemaskini 'powerpoint' pembentangan
Setelah mendaftarkan diri, saya terus sahaja masuk kedalam dewan berlangsungnya kolokium dan membuka komputer untuk melakukan persiapan pembantangan dan mengemaskini mana-mana maklumat yang perlu di dalam 'powerpoint'. Agak ramai juga perserta yang hadir terdiri daripada kalangan pensyarah dan mahawiswa sarjana muda dan sarjana UGM terutamanya dari FIB.

Membentangkan kertaskerja
Tidak berapa lama kemudian, pengerusi majlis memulakan acara bagi sesi pertama kolokium ini dengan menjemput wakil Ucaptama dari UGM untuk memulakan acara sambil mengalu-alukan kunjungan kami ke FIB, UGM. Kemudian ucapan balas USM dijemput pula oleh pengerusi majlis dan wakil Ucaptama dari USM memaklumkan tujuan kunjungan kami. Kemungkinan kolaborasi di antara kedua-dua universiti juga diusulkan dan bakal dimeterai kedua-dua pihak. Sesi pertama ini berlangsung selama lebih kurang satu jam.
Membentangkan kertaskerja
Usai sesi pertama, sesi kedua pula menyusul dengan menapilkan pembentangang mengikut disiplin yang khusus dalam bidang kepakaran masing-masing dari UGM dan USM. Dalam sesi ini empat orang pembentang yang membentangkan kertaskerja diwakili oleh 3 orang dari USM dan seorang pembentang dari UGM. Saya diamanahkan untuk menjadi pembentang yang pertama dan kemudian diakhiri oleh wakil dari UGM. Setiap pembentang hanya diperuntukkan 15 minit sahaja untuk memperihalkan ide tentang kearifan tempatan. Jadi, setelah berlangsung selama lebih kurang 1 jam, sesi kedua ini pun berakhir lalu diikuti dengan sesi ketiga apabila pengerusi majlis menjemput semula kedua-dua wakil Ucaptama dari UGM dan USM untuk merumuskan keseluruhan pembentangan tentang kearifan tempatan. Setelah semuanya berakhir, kedua-dua pihak berpuashati dengan acara yang berlangsung secara santai namun imiah itu. Langkah seterusnya adalah untuk merealisasikan segala perbincangan dan persetujuan yang telah dimeterai dalam bentuk tindakan pada waktu-waktu yang mendatangkan. Menjelang tengahari, acara pun berakhir dan kami dijamu dengan hidangan tengahari ala Jawa yang memang enak. Menu ala-buffet itu disajikan di ruang legar dewan persidangan dengan turut disertai oleh semua pembentang dan peserta kolokium. Sambil makan tengahari itu, banyak lagi hal-hal yang dibualkan secara tidak rasmi dengan wakil dari kedua-dua pihak. Sementalahan perus sudah tengah lapar, saya sangat menikmati hidangan tengahari menu Jawa itu....

Desa wisata di Manding
Selesai menikmati hidangan tengahari itu, kami semua memohon diri untuk meninggalkan UGM dan mendapatkan bas yang setia menanti. Oleh sebab acara berikutnya adalah lawatan santai, jadi pihak urusetia mencadangkan agar kami balik semula ke hotel trlebih dahulu untuk menunaikan solat dan menukar pakaian yang lebih santai. Mana-mana peserta juga dibebaskan untuk melakukan aktiviti sendiri ataupun turut serta dalam kumpulan untuk acara santai berikutnya. Kami semua setuju dengan cadangan itu dan setibanya di hotel kami diberikan kemeja 'T' sahaja sebab lebih selesa. Setengah jam telah berlalu, semua rakan yang nak ikut serta telah sedia menunggu di lobi hotel dan kami pun masuk ke dalam bas untuk meneruskan acara. Destinasi kami yang pertama ini menuju ke Desa Wisata Mending yang merupakan sebuah perkampungan yang diwartakan sebaga desa pelancongan dengan oleh pemerintah Indonesia dengan identiti perusahaan kulit. Jadi, di desa ini perusahaan kulit dijadikan sebagai janaan ekonomi apabila dijualkan kepada para pencong yang datang ke sini. perjalanan dari kota Yogyakarta ke desa ini mengambil masa kira kira 1 jam menaiki bas dan melalui kawasan perkampungan yang musnah akibat letusan gunung Merapi yang lalu. kesan lahar gunung merapi yang mengering masih dapat disaksikan dan sebahagiannya yang telah disodok di timbunkan di tepi jalan. Menurut ibu Wati, Selepas kejadian letusan seluruh jalan raya  di situ tidak dapat dilalui oleh kenderaan kerana disaluti oleh lahar gunung berapi yang tebal. Jadi, penduduk begotong-royong membersihkan jalan raya serta turut membina rumah-rumah baharu bagi penduduk yang rumah mereka musnah dijilat lahar gunung merapi secara bergotong-royong. Dari penjelasa ibu Wati, masih nampak jelas semangat bergotong-royong yang menebal dalam diri masyarakat Jawa di Yogyakarta ni....

Pada awalnya saya ada la bercadang nak membeli barangan kulit di sini. Namun, akhirnya saya membatalkan niat itu sebab tak ada yang berkenan di hati. Lagi pun, bukan semua barangan kulit yang dijual adalah hasil buatan dari desa ini sebaliknya diimport dari China dan Thailand yang bahan buatannya adalah PVC dan bukannya kulit. Hanya ada beberapa sahaja barangan kulit buatan desa ini yang dijual di sini. Saya hanya menjengah ke dalam beberapa kedai sahaja terus menuju ke bas semula apabila tidak tertarik dengan barangan yang dijual di situ. Kami berada di sini pun tak lah lama sangat lebih kurang 30 mint je. Lepas tu, semua dah masuk dalam bas dah dan masing-masing nampaknya tidak membeli apaa-apa barangan kulit di sini....mmmm...
Tembi Rumah Budaya
Bila semua dah masuk dalam bas, kami pun bergerak menuju ke destinasi yang berikutnya iaitu Tembi Rumah Budaya yang merupakan muzium swasta yang menyimpan beberapa artifak tentang seni dan budaya Yogyakarta. Selain dijadikan sebagai muzium, rumah lama ini juga dijadikan sebagai hotel yang menyediakan beberapa buah chalet untuk dihuni oleh pelancong yang berminat. Memang cantik Tembi Rumah Budaya ni bukah sahaja dari segi dekorasi chalet bahkan juga lokasinya yang terletak di kawasan sawah padi serta mengadap gunung Merapi yang masih aktif itu. Kebetulan kami tiba di situ sewaktu hari merangkak senja dan dari kejauhan saujana mata memandang, kelihatan matahari yang mula melabuhkan dirinya di ufuk Barat memancarkan cahaya kemerahan lalu dipantulkan pada kehijauan sawah padi yang tebentang luas serta pada bangunan Tembi Rumah Budaya yang diperbuat daripada lapisan bata merah hingga menyerlahkan lagi keindahan warnanya....di bahagian belakan Rumah budaya ini turut dibina ruang persembahan kebudayaan bagi tontonan pelancong dengan sawah padi menjadi latar belakangnya. Namun pada waktu kami tiba di situ, tidak ada pertunjukan persembahan. Jadi tak dapat la nak tengok show....Kami berada di situ sehingga matahari tenggelam sebelum berlalu untuk meneruskan aktiviti berikutnya iaitu mendapatkan makan malam.

Sedang menunggu makan malam dihidangkan
Ibu wati membawa kami ke sebuah restoran yang menyediakan masakan Jawa dan bangunan restoran ini merupakan sebuah rumah agam kerabat Sultan Jawa, keturunan Hamengkobuwono. Rumah agam ini sangat besar dan didekorasi mengikut gaya istana Jawa. Rumah ini selain daripada berfungsi sebagai tempat kediaman kerabat diraja Jawa tersebut di bahagian atas, turut dijadikan sebagai ruang restoran di bahagian bawahnya. Di bahagian sisi kiri rumah dijadiakan kedai jualan dan bengkel perusahaan batik manakala di bahagian kanan pula dijadikan kedai jualan dan bengkel perusahaan perak. Kedua-dua perusahaan itu diuruskan oleh kedua-dua orang puteri kerabat diraja tersebut sementelahan beliau tidak memiliki anak lelaki. Restoran tu pulak adalah milik selisi keluarga. Jadi, dengan cara itulah keluaarga ini menjana ekonomi mereka.....
Masih menunggu hidangan sampai
Menu yang disediakan masih bercirikan Jawa dan rasanya juga relatif enak mengikut citarasa Jawa Yogyakarta. Kami merehatkan diri secara santai sambil menikmati hidangan malam di sini. Selesai makan, kami melihat-lihat sebentar di kedua-dua kedai cenderahati batik dan perak yang terdapat di situ. Sehinggalah semua selesai menikmati hidangan malam dan membeli-belah sikit di situ, kami pun berlalu pergi. Sebelum terus pulang ke hotel, kami sempat meminta ibu Wati agar singgah sembentar di Malioboro yang terkenal itu untuk melihat-lihat barangan jualan. Saya tidak bercadang membeli apa-apa malam ini kerana terlalu letih dan tidak berminat. Jadi, cukup sekadar menemkan rakan-rakan yang membeli-belah di pasar Malioboro. Lama gak kawan-ikawan ni shopping.... bila dah letih berjalan tu, saya kembali semula ke lokasi bas di pakir dan hanya menanti rakan lain di dalam bas sahaja..... dapat duduk dan berehat. Akhirnya saya kembali ke hotel pada malam itu dengan rasa mengantuk dan letih lalu terus tertidur....

Tuesday, August 7, 2012

LAWATAN KE UNIVERSITAS GADJAH MADA



Memerhatikan proses mencanting batik [batik lukis] di lobi hotel
16.7.12 [Isnin]
Jam 4.30 pagi WIB azan Subuh telah kedengaran berkumandang melalui corong pembesar suara dari surau yang turut menjadi sebahagian daripada prasarana yang terdapat di hotel LPPConvention nih...saya pun bergegas bangun lalu mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Usai solat saya merebahkan diri seketika di katil sementara menunggu sarapan pagi siap disediakan paada jam 6.00 pagi. Ketika jam menunjukkan pukul 6.00 pagi, saya pun turun ke kafeteria yang terletak di bawah tangga berhampiran bilik saya dan dipisahkan oleh sebuah kolam kecil yang dihuni oleh beberapa ekor ikan belaan. Ketika sampai di kafe tu, sudah telihat kelibat sorang rakan saya yang sedang duduk menikmati sarapan paginya. Saya terus menyapanya dan mohon duduk di meja yang sama. Tanpa lengah, saya terus mendapatkan hidangan yang disediakan secara buffet itu. Menunya adalah masakan Jawa yang enak itu..... dan sudah pastilah tidak ketinggalan nasi udeg yang terkenal itu. Dari cara buffet sarapan itu disediakan, nampak mewah sekali dan tidak sepadan dengan taraf tiga bintang yang dimiliki oleh hotel ini. Tambah mengujakan, sarapan pagi ini turut diiringi dengan iringan muzik Gamelan Jawa secara langsung oleh para pemain muzik yang berada di sisi ruang makan itu. Suasana ini memberikan nuansa kejawaan yang sebenar...Waahhh.....tambah nikmat rasanya sarapan pagi ini.....Variasi pilihan makanannya juga relatif banyak untuk sarapan pagi. Rasa macam makan tengahari la pulakkk..... Namun, untuk mengelakkan kekenyangan melampau, saya mengambil nasi goreng dalam kuantiti yang relatif sedikit sahaja dan melebihkan sayuran. Tidak ketinggalan dalam menu ni turut disediakan minuman jamu yang tersedia dalam empat botol daripada dua jenis jamu iaitu jamu khas untuk lelaki diperbuat daripada campuran madu dan jus beras manakala jamu untuk perempuan pula daripada campuran jus kunyit dan madu.

Tertarik dengan hasil batik lukis yang telah siap

Walaupun call time untuk aktiviti hari ini bermula pada jam 8.30 pagi tapi saya sengaja turun sarapan awal sebab nak lepak lama sikit menghadapai santapan pagi. Begitulah kebiasaannya yang saya lakukan apabila tinggal di hotel yang turut menyediakan sarapan pagi dalam pakej penginapannya. Saya ada banyak masa untuk berborak-borak dan menikmati makanan dengan kadar kepantasan suapan relatif sederhana agar keenakannya terasa. Jadi tidak lah tergesa-gesa, tambahan pula hidangan yang enak ini perlu dinikmati dengan tenang..... barulah nikmat...saya menjamahi sarapan pagi itu selama hampir dua jam, iaitu sehingga 8.00 pagi baharulah saya naik semula ke bilik untuk siap berdandan bagi melalui aktiviti hari ini. Pihak uru setia telah memaklumkan bahawa pemakaian busana hari ini adalah kasual dan semua peserta dikehendaki memakai kemeja-T yang mengandungi logo USM yang telah diberikan secara percuma itu manakala seluar bagi lelaki boleh sahaja memakai jeans ataupun slacks. Temanya adalah 'santai' katanya.....jadi saya pun mengenakan kemeja-T hitam itu dan dipadankan dengan seluar jeans biru lusuh.

Siap berdandan, saya terus sahaja turun dari bilik menuju terus ke lobi hotel sambil menanti rakan-rakan yang lain siap berdandan. Nampaknya disiplin semua peserta baik hari ini kerana menepati masa apabila berada di lobi hotel tepat jam 8.30 pagi seperti yang dijadualkan. Bila semua dah ada, ibu Wati menjemput kami masuk ke dalam perut bas yang telah sedia menanti. Bas bergerak menuju ke destinasi kami hari ini iaitu Universitas Gadjah Mada (UGM) yang terkenal itu. Seperti yang telah dipersetujui sebelumnya, kami menuju ke Falkutas Ilmu Budaya, UGM terlebih dahulu untuk bertemu dengan wakil dari situ untuk beramah-mesra. Malangnya, kesemua penjawat tertinggi fakultas tiada di pejabat waktu itu untuk menemui kami ekoran ada urusan rasmi universiti yang lain perlu mereka hadiri. Jadi kami pun membatalkan sahaja pertemuan pada hari itu di falkutas ini dan akan bertemu semula pada esok hari. Sejurus itu, kami terus sahaja menuju ke Pusat Studi Asia Pasifik, UGM bagi memenuhi acara kedua di UGM ni, iaitu pertemuan dengan pakar akademik dan penyelidik di pusat ini.

Di Fakultas Ilmu Budaya UGM, Yogyakarta

Ketibaan kami disambut dengan ramah-mesra oleh para pegawai dan penyelidik dari pusat studi ini sambil mempersilakan kami masuk ke dalam bilik yang disediakan untuk pertemuan tersebut. Pertemuan suai mesra kami dimulai dengan memperkenalkan wakil dari masing-masing institusi dan kemudiaan diikuti dengan pengenalan tentang tujuan kedatangan kami dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pusat studi tersebut. Perbincangan turut membangkitkan isu kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua institusi terutamanya dari aspek penyelidikan. Kami turut dihidangkan dengan kudapan yang disediakan di dalam kotak dan secangkir teh 'o' panas. Pertemuan yang berlangsung hampir satu jam lebih itu diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara kedua-dua institusi dan kami mengundur diri dengan iringan lambaian mesra daripada semua wakil Pusat Studi Asia Pasifik, UGM itu.
                                     
Pertemuan dan perbincangan di Pusat Studi Asia Pasifik, UGM

Bergambar ramai bersama staf Pusat Studi asia Pasifik, UGM

Selesai urusan di situ, kami melanjutkan lawatan dengan bergerak menuju ke institusi berikutnya dalam rangka jadual pertemuan di UGM ini, iaitu Pusat Kajian Lingkungan, UGM. Tidak seperti di Pusat Studi Asia Pasifik, di pusat ini kami hanya disambut dan bersuai kenal serta berbincang dengan satu orang wakil sahaja yang turut merangkap sebagai pengarah pusat ini. Pun begitu, topik dan intipati perbincangan adalah sama seperti dengan pusat sebelumnya iaitu tentang kemungkinan untuk melakukan kerjasama terutamanya dalam bidang penyelidikan kearifan tempatan. Pertemuan kami di sini turut disudahi dengan acara pertukaran cenderahati di antara kedua-dua institusi.



Bergambar ramai dan perbincangan di Pusat Studi Lingkungan Hidup, UGM

Usai urusan di Pusat Kajian Lingkungan itu, kami meminta ibu Wati membawa kami untuk mendapatkan makan tengahari sebab lawatan berkutnya akan berlangsung selepas waktu makan tengahari nanti. Ibu Wati lantas bertanyakan masakan apakah yang kami ingin nikmati tengahari ini. Semua rakan-rakan bersetuju untuk menikmati makanan Padang. Akur dengan permintaan kami, ibu Wati lantas memaklumkan kepada pemandu agar membawa kami se sebuah restoran khas menyediakan masakan Padang di kota Jogjakarta ini, iaitu Restoran Sederhana. Terletak tidak jauh dari UGM dan masih berada di tengah pusat kota, restoran ini relatif agak besar dan menghidangkan pelbagi variasi menu masakan padang. Setibanya di situ, kami disapa mesra oleh para pramusaji dan dipersilakan ke ruang makan khas yang telah ditempah oleh ibu Wati. Bila semua sudah duduk di meja makan, para pramusaji dengan pantas menghidangkan kami semua menu makanan yang telah ditempah sambil memaklumkan kepada kami bahawa kami boleh menyentuh dan memakan kesemuanya kera telah termasuk dalam pakej. Kami dimaklumkan demikian kerana lumrah di restoran Padang yang mengenakan polisi kalau sudah mengambil sebahagian daripada lauk yang dihidangkan maka harus dibayar walaupun tidak habis di makan ataupun sekadar untuk merasa sahaja. Jadi, istilahnya tidak boleh merasa sahaja tetapi harus dimakan kesemuanya. Dalam kes kami ni, tidak llah perlu takau-takut untuk menyentuh ataumengambil makanan yang disediakan sebab memang semuanya adalah hak kami dah....mmmmm....ok gak...Saya pun memang dah lama mengidam nak makan nasi Padang ni. Jadi, apa lagi makan lah sepuasnya... dan menu kegemaran saya yang tidak ketinggalan dihidangkan ialah 'kikil masak lemak cili api' dan 'otak lembu masak lemak kuning cili api'. Sayurnya pucuk ubi rebus dan cecah dengan sambal cili hijau... fuhhh.... berasappp....pun begitu, saya masih mengekalkan disiplin diet yang sama, iaitu meminimakan pengambilan nasi bagi mengelakkan ketidakselesaan perut. Minumannya pula adalah Teh Padang [teh 'o' tanpa gula] dan pencuci mulut turut disediakan selepas makan terdiri daripada buah-buahan.


Menjamu selera di Restoran Sederhana yang menyediakan masakan Minang

Alhamdulilllah... kami berjaya menghabiskan  kesemua lauk dan sayuran yang dihidangkan dengan mengamalkan cara makan yang sederhana kecepatannya dan tidak terlalu gopoh. Menyuap makanan sedikit demi sedikit dan akhirnya kesemua lauk berjaya dihabiskan dan nikmat makanan amat dirasai. Akhirnya, pembaziran makanan dapat dielakkan.... Bila dah kenyang, di kesempatan masa yang ada, saya pun mengambil peluang untuk menunaikan solat jamak di surau yang turut disediakan dalam ruangan restoran itu. Oleh sebab mengelakkan daripada berpusu-puu dengan kaum wanita, saya mengambil kesempatan mendahului untuk solat di ruang surau itu. Bukan apa, di Indonesia tiada pengasingan antara ruang surau lelaki dan perempuan. Sebaliknya, lelaki dan wanita solat dalam ruang surau yang sama. Kebetulan pulak ruang surau di restoran ni relatif kecil jadi saya solat dulu lah...berganti-ganti dengan wanita.
Menenti hidangan disediakan selengkapnya untuk disantap
                                      
Setelah cukup berehat dan solat, kami masuk semula ke dalam perut bas dan bergerak meninggalkan restoran menuju ke kampus UGM semula untuk melakukan lawatan dan pertemuan terakhir untuk hari ini. Masa ni saya mula perasan sesuatu apabila ibu Wati memberikan wang kepada pemandu untuk diberikan kepada pengawal keselaman di pintu masuk dan keluar kampus UGM. Saya bertanyakan kepada ibu Wati untuk wang tersebut diberikan kepada pengawal keselamatan kampus. Ibu Wati kata, sebenarnya kenderaan yang memasuki kampus UGM dikenakan membayar wang untuk pakir kenderaan di dalam kampus. Polisi ni baharu sahaja dilaksanakan katanya....ooo... patut la sebelum ni saya pernah gak datang ke UGM ni dengan kenderaan tapi tak pulak dikenakan bayaran.....polisi baharu rupanya....


Lawatan di Pusat Studi Pariwasarta, UGM

Usai membayar pakir, bas terus bergerak menuju ke Pusat Studi Pariwisata, UGM kerana kami akan menziarah ke situ untuk bertemu dan bersuaikenal dengan para staffnya. Ketibaan kami disambut mesra oleh mereka dan kami dipersilakan menuju ke ruang mesyuarat. Sama seperti sebelumuya, di pusat ini kami turut membincangkan kemungkinan untuk melakaukan kolaborasi dalam beberapa aktiviti tertentu yang berkisar sekitar bidang kearifan tempatan. Pertukaran cenderahati turt dilakukan di sini dan kedua-dua pihak berpuas hati dengan perbincangan kami. Secara dasarnya, kesemua institusi yang kami singgahi di UGM ni berbesar hati menerima kehadiran kami dan amat mengalu-alukan sebarang kerjasama di antara kedua-dua universiti iaitu UGM, Indonesia dan USM, Malaysia.
Melihat-lihat sambil membeli-belah di Kampung Kraf Kasongan

Acara lawatan dan suaikenal yang kami di UGM hari berakhir kira-kira jam 4.30 petang dengan harapan menggunung agar dapat berkolaborasi dengan pusat-pusat studi yang telah kami kunjungi tadi. Oleh sebab malam cepat tiba di sini, jadi untuk tidak membuang masa, dari kampus UGM ibu Wati terus sahaja membawa kami menuju ke Kampung Kraf Kasongan yang terletak di Kasongan. Kira-kira 20 minit perjalanan kendaraan dari kota Jogjakarta untuk tiba di sini. Kasongan merupakan kampung yang khas menjual barangan kraf daripada bahan tempatan. Tiba di sini, saya turun dan singgah di beberapa kedai menjual kraf dan akhirnya membeli satu cenderahati untuk kegunaan hiasan rumah yang diperbuat dari buluh. Saya tidak berkeinginan untuk membeli-belah dalam lawatan ini kerana malas nak bawa barang banyak-banyak naik flight. Rakan-rakan yang lain sibuk juga membeli-belah sehingga waktu yang ditetapkan hanya 30 minit untuk acara ni, dah melebihi sehingga saatu jam. Banyak gak kengkawan yang shopping sakan di sini...mmm...

Makan malam menu Jawa

Setelah satu jam lebih sikit berlalu, semua rakan telah pun masuk ke dalam bas. Tapi ada sorang lagi pulak yang tak habis shopping dan terpaksalah kami semua menunggunnya di dalam hingga selesai membeli belah untuk keperluan keduri katanaya.....cenderahati di sini murah katanya sebab harganya cuma 50 Sen duit Malaysia je satu unit. Jadi dia cadang nak beli seribu unit, tapi penjual tu tak sempat nak kira banyak sangat dan waktu dah suntuk untuk kami bergerak. Jadi dia dapat beli lima ratus unit jer....tu pun kira ok lah... katanya....mmmm....Bila semua barang dah dimasukkan ke dalam bas, kami pun terus bergerak meninggalkan Kasongan menuju ke kota Jogja semula dan terus singgah di restoran yang menghidangkan maskan Jawa untuk mendapatkan makanan malam.....mmmm.....Hidangan masakan Jawa malam ni pun enak juga.....seperti sebelumnya......Usai makan malam, kami terus sahaja pulang ke hotel dan selepas solat saya rasa mengantuk sangat dan terus tidur.......


Makan malam menu Jawa


TUGASAN KE YOGJAKARTA


Yogjakarta, Indonesia

Ahad [15.7.12], seawal jam 5.30 pagi saya sudah bangun dari tidur sebab hari saya akan berangkat untuk lawatan kerja ke Jogjakarta, Indonesia. Semalam saya telah menghubungi syarikat teksi untuk menjemput saya dari rumah pada jam 7.00 pagi. Jadi, pagi ni saya bangun awal sikit untuk mengemaskan dan memasukkan mana-mana barangan keperluan yang belum dimasukkan ke dalam beg. Oleh sebab sudah setahun saya tidak keluar kembara sejak kali terakhir pada Julai tahun lalu, iaitu selepas kembara Indocina dan lembah Mekong. Tidak terasa masa berlalu dengan pantas, pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya saya tidak berkembara. Oleh sebab terlalu sibuk, jadi peluang untuk melaksanakan tugasan ke Jogjakarta ini membuatkans saya agak teruja kerana dapat melepaskan rindu kepada aktiviti kembara. Walaupaun kembara sambil tugasan ini tidaklah sama macam kembara 'backpackers' namun, terubat juga lah kerinduan untuk bergerak.... mmmm.....

Usai solat subuh, saya memastikan sekali lagi perkara-perka penting yang perlu dibawa dan bila jam dah menghampiri 7.00 pagi, saya pun turun ke lobi apartment untuk mendapatkan teksi yang ditempah. Setibanya saya di lobi, teksi yang dijanjikan telah pun sedia menanti. Tanpa lengah, saya terus sahaja mesauk ke dalam perut teksi sambil menyapa pemandunya. Teksi terus bergerak meninggalkan apartment di mana saya tinggal dan meeluru ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Tidak banyak perbualan dengan pemandu teksi pada pagi itu, hanya sekadar pertanyaan kepastian dari pemandu teksi tentang waktu kapalterbang saya akan berlepas. Oleh sebab hari ni hari Ahad dan masih awal pagi, maka jalan raya menuju ke Lapangan terbang memang sangat lengang daripada kenderaan. Perjalanan teksi hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja untuk tiba di lapangan terbang itu.

Setibanya di lapangan terbang, saya terus sahaja membayar tambang seperti yang telah dijanjikan iaitu RM20. Sambil mengucapkan terima kasih, saya membuka pintu teksi dan keluar menuju ke dalam terminal. Saya masih tidak nampak kelibat rakan-rakan lain yang akan turut berpergian bersama-sama saya ke Jogjakarta yang seramai 14 orang itu. Oleh sebab masih awal lagi dan perut saya pun terasa lapar, lalu saya menuju ke restoran McDonald lalau memesan kopi dan pancake untuk sarapan pagi itu. Memandangkan ruang makan di situ penuh, jadi saya mengambil keputusan untuk keluar dari ruang terminal dan menuju ke sisi jalan untuk menikmati sarapan di situ. Kebetulan, bila keluar sahaja, saya di sapa oleh dua orang rakan lain yang turut berpergian bersama saya. Lalu, saya pun turut menyertai mereka duduk di sisi jalan itu sambil menikmati sarapan.

Ketika jam menunjukkan hampir jam 7.40 pagi, kami pun masuk ke dalam terminal dan terus menuju ke kaunter daftar masuk AirAsia dan di sana rakan urusetia lawatan kerja yang menguruskan hal ehwal perjalan ini telah sedia menanti untuk mendaftar masuk secara berkumpulan. Selalunya bila 'backpackers' saya sorang-sorang je menguruskan diri sendiri. Sekarang ni bila ada ornag lain yang menguruskan... rasa kekok pulak walaupun relatifnya lebih mudah. Bila semua urusan daftar masuk sudah selesai, saya dan beberapa rakan pergi semula ke restoran McDonald tapai saya tidak memesan makanan lagi, hanya sekadar menemani rakan-rakan yang belum bersarapan. Leka berbual, kami bergegas menuju ke ruang pelepasan bila jam menunjukkan jam 8.15 pagi.....mmmm....kira agak lewat dah nih...

Usai pemeriksaan imigresen, kami terus bergegas ke kaunter pelepasan kerana kapal terbang yang perlu kami naiki telah pun tiba dan semua penumpang ke Jakarta perlu masuk ke dalam pesawat segera. Penerbangan AirAsia yang saya naiki ni berlepas dari Penang - Jakarta - Jogjakarta, sebab tiada penerbangan terus AirAsia dari Penang ke Jogjakarta. Oleh sebab kami tidak mahu transit di Kuala Laumpur maka kami memilih untuk transit di Jakarta sahaja. Setelah masuk ke dalam pesawat, saya terus mengambil tempat duduk mengikut nombor yang tertera pada pada pas masuk. Kemudian anak-anak kapal melakukan pemeriksaan kabin yang mengambil masa beberapa minit jugak la untuk selesai. Kira-kira jam 9.25 pagi, baharulah pesawat berlepas menuju k Jakarta. Hidangan pagi turut disediakan keran telah ditempah lebih awal secara dlam talain oleh pihak urusetia. Menu pagi ini adalah Nasi Ayam...... ok la... tapi tak ada sayaur!!! semata-mata nasi dan ayam jer.....Oleh sebab saya telah pun mendapatkan sarapan pagi tadi, jadi tak la teruja sangat nak makan dan boleh terima la menu yang macam tu....sekadar untuk mengalas perut..... Namun begitu, sedikit cuitan buat pihak pengurusan AirAsia agar meningkatkan lagi kualiti penyediaan menu sajian kepada penumpang agar memenuhi keperluan keseimbangan khasiat pemakanan, terutamanya peminat sayuran dan buah-buahan seperti saya ni....

Menanti ketibaaan pesawat dari Jakarta ke Yogjakarta di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia
Penerbangan dari Penang ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit, jadi kami tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta lebih kurang jam 10.50 pagi WIB [Waktu Indonesia Barat]. Kalau waktu Malaysia ialah 11.45 pagi kerana waktu Indonesia lewat satu jam berbanding waktu Malaysia. Sebak sahaja pesawat mendarat, saya pun menuruni tangga pesawat menuju ke shuttle bus AirAsia yang telah sedia menunggu untuk membawa saya ke terminal ketibaan. Sampai di terminal ketibaan, saya menuju ke bahagian pengambilan barangan untuk mendapatkan beg saya yang disimpan di kargo pesawat. Bial dah dapat beg tu, kena berjalan kaki keluar dari terminal dan masuk pula ke dalam terminal mendaftar masuk yang terletak bersebelahan untuk daftar masuk pesawat AirAsia ke Jogjakarta pulak.....Pendaftaran masuk pun sama gak dilakukan secara berkumpulan dan masa nak daftar tu kena bayar cukai lapangan terbang domestik sebanyak 40,000 Rupiah [lebih kurang RM12] dan sticker pembayaran dilekatkan pada pass masuk. Lebih kurang 30 minit urusan daftar masuk pun selesai dan saya pun terus naik ke ruang dewan pelepasan di tingkat satu bangunan terminal. Ok gak terminal ni... konsepnya jimat tenaga dengan memanipulasi tenaga solar terutamnya dari segi pencahayaan kerana sebahagaioan dariapda bumbungnya diperbuat daripada bahan telus cahaya. Penyaman udara juga sangat sederhana sejuknya dan tidak berlebihan dari segi penggunaan tenaga elektrik.

Menanti ketibaaan pesawat dari Jakarta ke Yogjakarta di Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia
Oleh sebab ada banyak masa lagi untuk masuk ke dalam pesawat maka saya dan bebrapa rakan duduk di sebuah cafe [Diplomat Cafe namanya...] sambil mendapatkan secangkir kopi dan berbual-bual...Lama gak lepak kat cafe tu sebab tunggu pesawat yang tiba pada jam 2.00 petang. Kemudian saya pun menuju ke ruang berlepas melalui pemeriksaan imigresen namun pesawat masih belum tiba lagi. Jam 2.20 petang baharulah saya masuk ke dalam pesawat. Bila semua penumpang dah masuk, tu pesawat tak boleh berlepas lagi sebab ada masalah teknikal sikit katanya... yang perlu diperbaiki dan mengambil masa kira-kira 15 minit. bila dah ok tu, masih tak boleh terbang lagi kata pengumuman yang dibuat oleh juruterbang ekoran kesesakan lalulintas udara plak....katanya..... lewat lagi di situ dalam 15 minit...dan akhirnya....pesawat pun dibenarkan terbang setelah semua lalulintas aman.....

Pun begitu, penerbangan dari Jakarta ke Jogjakarta ni hanya mengambil masa satu jam sahaja untuk tiba.... jadi 3.50 petang, pesawat pun mendarat di Lapangan Terbang [Bandara] Adji Sudjipto, Jojakarta, Indonesia. Oleh sebab bandara ni kecil sahaja, jadi jarak pesawat dengan terminal tidak lah jauh sangat dan hanya boleh didatangi dengan berjalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki shuttle bus. Saya pun turun dari perut pesawat dan terus menuju masuk ke dalam terminal dan di situlah juga lokasinya untuk mengambil barangan. Saya menanti seketika untuk mendapatkan beg dan apabila semua rakan-rakan telah mendaptkan barangan masikng-masing, kami pun bergerak melalui pegawai imigresen untuk keluar dari terminal. Setibanya di luar terminal, pemandu pelancung yang memang telah ditempah dari awal telah sedia menanti dan kami terus sahaja dibawa menuju ke bas yang telah pun sedia menanti. Urusetia memaklumkan bahawa kami perlu menunaikan solat terlebih dahulu sebelum dibawa menuju ke hotel. Akur dengan permintaan kami, Ibu Wati yang merupakan pemandu pelancung kami sepanjang tempoh keberadaan di Jogjakarta mencadangkan agar singgah di Masjid Baitul Hidayah yang betul-betul berada di hadapan terminal terbang. Lokasi masjid ini juga masih lagi berada dalam tanah milik bandara. Saya menunaikan solat di masjid itu beserta rakan-rakan yang lain.

Usai solat, hari sudah pun petang dan menghampiri malam kerana waktu Maghrib di sini lebih awal berbanding Malaysia sebab waktu gelapnya pun cepat kira-kira jam 5.40 pm dah nak masuk Maghrib. Jadi, untuk tidak membuang masa, kami mencadangkan agar dibawa ke restoran terlebih dahulu untuk mendapatkan makan malam dan selepas itu baharulah dibawa ke hotel untuk mendaftar masuk. Ibu Watu bersetuju dengan cadangan itu dan kami pun terus dibawa ke Restoran Bumbu yang menghidangkan sajian masakan Jawa. Waduh.... memang enak maskan Jawa ni sebenarnya....tidak sama rasanya dengan masakan Jawa yang disajikan di luar Tanah Jawa. Tidak ketinggalan menu khas Jawa yang turut disajikan ialah nasi udeg, iaitu nasi yang berlaukkan tempe, tauhu dan sayur nangka muda masak rendang Jawa. Fuuhhh....enakkk...Saya sangat menikmati makan malam itu dan keenakannya sangat terasa... mungkin kerana itulah kali pertama saya merasa menu sebegitu dan ditambah pula perut saya memang sangat lapar waktu itu....mmmm....

Usai menikmati makan malam yang indah itu, kami terus sahaja dibawa ke lokasi penginapan kami sepanjang berada di Jogjakarta ini iaitu di LPP Convention Hotel. Setibanya di situ, kami semu terus sahaja mendaftar masuk dan mendapatkan kunci bilik masing-masing dan bilik saya bernombor 215. Walau pun hanya bertaraf tiga bintang, namun lanskap, prasarana dan menu sarapan pagi sama tarafnya macam 4 bintang di Malaysia. Setelah mendapatkan kunci bilik, saya menuju terus ke kamar yang terletak di tingkat satu dan terus meletakkan barangan, mandi dan menunaikan solat. Usai solat, saya terus turun semula ke lobi hotel sebab tadi telah berjanji dengan beberapa rakan untuk menemani mereka memebeli sedikit barang keperluan dengan ditemani oleh pemandu pelancung Ibu Wati. Dengan menaiki bas, sebahagian daripada kami [kerana sebahagian rakan yang lain ingin berhat di bilik sahaja] bersiar-siar di waktu malam mengelilingi daerah istimewa Kota Madya Jogjakarta.....Saya tidak membeli apa-apa, hanya menemani rakan sahaja dan sudah tentunya menikmati keindahan malam kota Jogjakarta dari dalam bas.....tidak lama lebih kurang 40 minit sahaja kami bersiar-siar lalu mengusulkan kepada ibu Wati untuk menghantar kami semula ke hotel sebab saya pun dah mengantuk sangat dah.... nak tidur..... kami pun balik ke hotel dan sebaik sahaja merebah diri di kaltil saya terus terlena.......