English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, December 27, 2015

SELAMAT TINGGAL ISTANBUL... SELAMAT TINGGAL TURKEY....

Istanbul...

Sultanahmet

20 Jun 2015 (Sabtu), hari ini merupakan hari ketiga saya berpuasa di Turki dan genap juga 15 hari saya berada di bumi yang pernah menjadi kuasa pemerintahan Islam ini. Pada petang nanti juga saya akan berangkat kembali semula ke Malaysia......jadi bangun pagi ini saya terus menemaskan barangan yang masih belum dimasukkan ke dalam beg.... selesai berkemas, saya terus turun ke kaunter untuk menempah shuttle bus yang akan membawa saya ke lapangan terbang Sabiha Gocken pada jam 2.00 tengahari nanti.....kemudian saya terus keluar bersiar-siar lagi sementara menunggu tengahari tu....

Sultanahmet

Sultanahmet

Sultanahmet

Saya hanya berjalan-jalan di sekitar Sultanahmet sahaja dan melihat-lihat bangunan bersejarah di sekitar kota yang indah itu...antaranya adalah bangunan keretapi lama yang telah pun dijadikan muzium.....Berat rasanya untuk meninggalkan kota Istanbul ini namun harapan saya menggunung agar diberi kesempatan lagi untuk kembali ke kota ini......di sini terpaterinya antara kenangan terindah saya sepanjang laluan kembara sejak 15 tahun berlalu....

Sultanahmet

Stesen keretapi lama yang dijadikan muzium, Sultanahmet

Stesen keretapi lama Sultanahmet

Stesen keretapi lama Sultanahmet

Stesen keretapi lama Sultanahmet

Stesen keretapi lama Sultanahmet

Stesen keretapi lama Sultanahmet

Stesen keretapi lama Sultanahmet

Menjelang tengahari, saya pun bergegas kembali ke hotel semula untuk mendaftar keluar dan setibanya di hotel saya terus mengangkat beg untuk turun ke kaunter dan diletakkan di situ sementara menunggu shuttle bus datang.....sementara menunggu tu, kedengaran laungan azan zohor yang berkumandang dari mesjid kecil yang terletak bersebelahan dengan hotel itu..... saya pun meninggalkan barang di hotel tu dan begegas ke mesjid berkenaan untuk menunaikan solat zohor terlebih dahulu...... usai solat saya kembali semula ke hotel dan tidak lama kemudian shuttle bus pun sampai dan saya pun masuk ke dalamnya dan terus bergerak meninggalkan Sultanahmet menuju ke lapangan terbang Sabiha Gocken......

Istanbul, Turki

Setibanya di lapangan terbang saya terus menuju ke kaunter daftar masuk dan terus menunggu penerbangan Qatar Airways yang akan membawa saya kembali ke Kuala Lumpur melalui Doha......Selamat tinggal Kota Istanbul, Selamat tinggal Turki.... Insyaallah...moga kita akan bertemu lagi.....Impianku untuk menikmati sensasi menaiki belon panas di Goreme masih belum tertunai......Insyaallah jika ada isinNya, aku akan sampai lagi untuk menjejaki bumi Turki yang indah ini.........

DAY 13 PETANG - HARI PERTAMA BERBUKA PUASA DI SULTANAHMET

Mesjid Biru, Senja Ramadhan pertama 2015

Sepanduk sambutan Ramadhan

18 Jun 2015 (Khamis), Hari sudah menjelang petang dan saya pun dah cukup berehat rasanya di dalam bilik hotel ni.... sekarang saya nak keluar bersiar-siar dan mendapatkan buka puasa. Tujuan utama saya pada petang ini tidak lain lagi adalah ke Mesjid Biru. Saya turun meninggalkan hotel dan berjalan kaki menuju ke Mesjid biru yang tidak berapa jauh dari hotel tu.

Pameran senjata

Pameran senjata

Setibanya di perkarangan Mesjid Biru tu, saya sangat teruja melihat acara yang berlaku di situ yang pertama saya nampak adalah senjata meriam yang dipamerkan di perkarangan Mesjid tu. Siap dengan askar lagi yang berjaga di situ dan sekelilingny diletakkan pagar. Takut gak nak masuk dekat meriam tu...jadi tengok dari jauh je la....kemudian saya nampak ada orang yang lagaknya macam pengajara TV berdiri di sutu sambil memegang mikrofon... sedang llive telecast agaknya membuat liputan tentang acara di situ...

Stesen TV membuat liputan

Pakaian beragam

Kemudian saya menemui tiga orang lelaki yang rasanya memakai kostum pakaian beragam sebab lain daripada yang lain nampaknya kostum yang dipakai tu. Macam kostum tradisional Turki gayanya tu. Mereka tu duduk bersebelahan dengan konto sementari stesen Radyo 7 seperti yang tertera pada van yang dijadikan konti tu......mungkin sedang ditemubual agaknya....

Stesen Radio membuat liputan

Saya terus berjalan dan sangkaan saya tengahari tadi tidak meleset kerana ddi depan mata saya sekarang meja yang tengahari tadi kosong telah dipenuhi oleh orang ramai yang sedang menanti untuk diberikan bungkusan berbuka puasa dan sebahagiannya telah pun mendapat bungkusan yang diletakkan di atas meja dihadapan masing-masing. Saya sangat teruja dengan suasana sedemikian namun tidak bercadang untuk duduk di mana-mana bangku sebab lebih selesa memerhatikan gelagat manusa dan keseluruhan acara tersebut. Di perkarangan Mesjid itu juga didirikan pentas berbmbung dan di atas pentas itu terdapat beberapa orang pemuzik sedang membuat persembahan.....

Meja yang dipnuhi orang ramai

Meja yang dipnuhi orang ramai

Meja yang dipnuhi orang ramai dipancarkan di skrin besar

Meja yang dipnuhi orang ramai, menghadap pentas utama persembahan

Meja yang dipnuhi orang ramai
Stesen TV membuat liputan

Meja yang dipnuhi orang ramai, menghadap pentas utama persembahan

Meja yang dipnuhi orang ramai

Bukan setakat persembahan di atas pentas sahaja, tetapi persembahan di bawah pentas juga turu berlakau. Kumpulan pakaian beragam keluar bersilih ganti membuat persembahan di sekitar orang ramai yang duduk dibangku masing-masing. Persembahan mereka dalam bentuk perarakan dengan menunjukkan kostum yang berbeza. Kostum ni nampaknya adalah kostum tradisional Turki.... ada juga maskot untuk menarik hati kanak-kanak. Ada juga pakaian pengantin rasanya....saya tidak melepaskan peluang untuk merakamkan acara ini melalui kamera telefom bimbit dan juga DSLR.....Bagi saya ini erupakan sesuatu yang jarang saya temui dalam meraikan buka puasa pertama di bulan Ramadhan.....


Persembahan pakaian beragam

Persembahan pakaian beragam
Persembahan pakaian beragam

Persembahan pakaian beragam

Persembahan pakaian beragam, Pasangan pengantin

Persembahan pakaian beragam

Persembahan pakaian beragam

Persembahan pakaian beragam, persembahan pantomime

Persembahan pakaian beragam

Persembahan pakaian beragam

Meja yang dipnuhi orang ramai

Meja yang dipnuhi orang ramai



Meja yang dipnuhi orang ramai

Meja yang dipnuhi orang ramai


Meninggalkan Mesjid Biru

Hari pun sudah semakin gelap dan mahgrib pun sudah menghampiri namun saya dapati tiada lagi bangku kosong yang boleh saya duduki bagi menyertai orang ramai itu untuk berbuka puasa di situ. Jadi, saya pun memutuskan untuk meninggalkan perkarangan Mesjid Biru yang meriah itu dan berjalan mencari-cari kafe yang sesuai untuk saya berbuka puasa......akhirnya saya pun singgah di sebuah kafe yang tidak jauh dari hotel saya menginap dan memesan menu untuk buka puasa....... 

Menunggu buka puasa

Hidangan buka puasa

Usai berbuka puasa tu, saya meninggalkan kafe untuk kembali semula ke hotel bagi berehat dan membersihkan diri..... Usai berehat di bilik... saya pun keluar semula bersiar-siar di waktu malam Ramadhan pertama itu dan singgah di sebuah kafe untuk mendapatkan kopi dan manisan.....


Pencuci mulut lepas berbuka puasa 

SAHUR PERTAMA RAMADHAN 2015 DI ISTANBUL




17 Jun 2015 (Rabu) Lebih kurang satu jam juga perjalanan menaiki teksi dari stesen keretapi laju Istanbul ke Sultanahmet ni termasuklah trafik jam sebab orang balik dari kerja petang-petang begini. Setibanya di sini pemandu teksi ni pun rupanya tak pasti sangat jalan di sini sebab saya minta dia turunkan di mesjid biru tapi dia terlepas plak dahhh... saya pun minta diturunkan di mana-mana sahaja di sekitar masjid biru tu sebab saya boleh cari sendiri hotel penginapan sebab belum ditempah pun lagi..... saya membayar harga teksi sebanyak 100TL (lebih mahal daripada tambang keretapi laju tadi, iaitu 70TL je)..... tapi bayar je lah... sebab jauh juga perjalanannya tadi tu.......


Setelah bayar tambang teksi saya pun berjalan sambil singgah bertanya hotel yang ada di sekitar masjid biru tu... tapi harga relatif terlalu tinggi bagi saya. Saya pun terus berjalan melalui landasan tram dan akhirnya bertemu dengan Hotel Sultan yang menawarkan harga yang relatif berpatutan untuk penginapan satu malam iaitu 100TL. Saya pun tanpa lengah bersetuju untuk menginap di situ selama tiga malam dengan membayar 300TL sebelum kembali ke Malaysia. Saya pun terus naik ke bilik dan membersihkan diri, solat dan berehat seketika sebelum turun semula untuk mendapatkan makan malam. Setelah berehat tu, saya pun turun ke kafe yang terletak di sebelah hotel tu je dan memesan kebab ayam dan sup yang relatif enak juga...... makan malam ni juga merangkap sahur sebab esok bermulanya Ramadhan pertama tahun 2015... Alhamdulillah.... niat saya untuk menyambut awal Ramadhan di bumi Turki ini ditunaikan Allah....

Makan malam merangkap sahur pertama Ramadhan 2015

No. Bilik penginapan di Hotel Sultan, Sultanahmet, Istanbul, Turki

18 Jun 2015 (Khamis), di pagi Ramadhan pertama 2015 ni saya bercadang untuk bersiar-siar semula di Taksim. Jadi saya pun mengambil metro dari Sultanahmet untuk pergi ke Taksim dan sampai di sini saya bersiar-siar di Istiklal untuk melihat-lihat barangan yang boleh saya beli sebagai ole-ole sebelum kembali ke Malysia....Rasanya hari ni hari terakhir saya datang ke sini sebab esok saya akan bersiar-siar di sekitar Sultanahmet sahaja..... Walaupun puasa, tetapi oleh sebab cuaca yang berbeza dengan Malaysia maka saya rasa berpuasa di Turki ni ok je walaupun musim panas dan waktu berbuka pada jam 9.30 malam nanti.... cuacanya panas tapi kering dan peluh pun kurang keluar. Jadi, tak la rasa dahaga sangat sebab air tak banyak keluar...... perjalanan diteruskan sehingga menjelang tengahari....

Istiklal

Istiklal

Manisan Turki yang sempat dibeli, Istiklal



Taksim Square

Istiklal

Taksim Square

Istiklal

Istiklal

Istiklal

Istiklal

Istiklal

Istiklal

Istiklal



Taksim Square



Menuruni bukit dari Istiklal untuk kembali ke Sultanahmet


Menjelang tengahari sayapun berjalan kaki menuruni bukit dari Istiklal menuju ke pinggiran laut untuk mendapatkan metro untuk kembali ke Sultanahmet. Tiba di Sultanahmet, saya turun di perhentian Mesjid Biru untuk bersiar-siar lagi di situ sebelum kembali ke Hotel. Setibanya di perkarangan Mesjid Biru saya dapati sudah terdiri bazar Ramadhan yang menjual pelbagai barangan keraf tempatan Turki. Ada booth yang telah mula beroperasi melakukan jualan dan ada yang masih kosong.

Bazar Ramadhan di Perkarangan Mesjid Biru

Bazar Ramadhan di Perkarangan Mesjid Biru, booth ni masih kosong

Perkarangan Mesjid Biru

Bersebelahan dengan booth bazar Ramadhan tu saya dapati ada banyak bangku dan meja panjang yang diperbuat daripada kayu disusun. Selain itu, terdapat juga bangku plastik dan meja yang juga disusun memanjang dan saya pun tertanya-tanya dalam hati... "Untuk apa ye?  Ooooo mungkin untuk acara jamun buka puasa petang ni kott..... menarik nih.... petang nanti nak datang lagi kat sinilah.... nak tengok apa yang akan berlaku....."

Meja dan bangku panjang disusun di perkarangan Mesjid Biru

Meja dan bangku panjang disusun di perkarangan Mesjid Biru

Meja dan bangku panjang disusun di perkarangan Mesjid Biru

Meja dan bangku panjang disusun di perkarangan Mesjid Biru

Meja dan bangku plastik disusun di perkarangan Mesjid Biru

Perkarangan Mesjid Biru

Perkarangan Mesjid Biru

Mesjid Biru

Perkarangan Mesjid Biru

Perkarangan Mesjid Biru

Aghia Sofia

Aghia Sofia

Aghia Sofia

Mesjid Biru
Aghia Sofia


Mesjid Biru

Perkarangan Mesjid Biru

Saya pun bercadang untuk kembali semula ke hotel dengan eneruskan perjalanan dari perkarangan Mesjid Biru tu melalaui Aghia Sofia untuk kembali ke hotel dengan harapan menggunung agar petang nanti diizinkan Allah untuk kembali lagi ke sini untuk menyaksikan apakah acara yang akan berlaku.....