
Setelah sekian lama akhirnya.....minggu ini merupakan minggu pertama untuk saya kembali semula melakukan kolaborasi bersama dengan Aida Reza bagi melaksanakan program bersama dengan komuniti.

Program kali ini adalah untuk meneroka bidang seni pergerakan kreatif dan permainan teater sebagai bahasa yang dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan kanak-kanak pelbagai latar belakang tanpa prejudis.
Kerjasama yang baik diberikan oleh Cikgu Gunavathi dari SRJK(T) Ramakrishna, Cikgu Normah Sek. Keb. Ayer Itam dan Cik Sooria dari pertubuhan Perlindungan Kanak-Kanak Pulau Pinang kerana membenarkan para pelajar mereka dan kawasan sekolah mahupun institusi mereka untuk perlaksanaan program ini.