Sejak sekian lama tidak beraksi dipentas teater, jemputan yang diajukan oleh pengarah teater Halimi M.N sebulan yang lalu umpama 'orang mengantuk disorongkan bantal'. Saya tanpa banyak soal menerima pelawaan itu dengan tangan yang terbuka. Hari ini, kerinduan untuk beraksi lagi di pentas teater terubat... malam ini 15.11.11 (Selasa) merupakan malam pertama persembahan yang berlangsung di Balai Budaya DBP sehinggalah ke malam terakhir pada 19.11.11 (Sabtu) yang akan datang. Kepada semua khalayak yang meminati mahupun yang masih belum meminati teater, sudi-sudikanlah singgah menjenguk kami di Balai Budaya DBP....
Sinopsis :
Kertau, sebuah kampung di utara tanah air. Tanahnya subur, padi kerap menjadi. Dari turun-temurun penduduk Kertau mengusahakan bendang demi kelangsungan hidup mereka.
Tapi sejak tanah bendang di situ dipilih untuk projek kolam udang air masin, Kertau sudah tidak tenteram. Penduduk Kertau dijanjikan pampasan yang amat mahal, namun harga yang mereka terpaksa bayar juga mahal.
Ada penduduk yang setuju, telah bersedia mendepani perubahan demi pembangunan, ada pula yang tidak setuju kerana bagi mereka tanah itu tanah pusaka, maruah mereka.
'Harga Sebuah Maruah' membawa konflik dan kekalutan di Kertau. Apakah pembangunan itu perlu? Atau apakah penduduk Kertau membuta tuli menentang pembangunan.
Dari novel 'Harga Sebuah Maruah' karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah, diadaptasi ke pentas oleh A. Wahab Hamzah, dan diarahkan oleh Halimi M.N., saksikan teater ini yang dibintangi oleh Norhelmi Othman, Dr. Abdul Samat Salleh, Dr. Kipli Abdul Rahman, Mubarak Majid, Milyana Arshad dan ramai lagi.
Foto-Foto Persembahan Haarga Sebuah Matuah di Auditorium DBP:
Suaatu ketika dahulu......