
Sinopsis :
Kertau, sebuah kampung di utara tanah air. Tanahnya subur, padi kerap menjadi. Dari turun-temurun penduduk Kertau mengusahakan bendang demi kelangsungan hidup mereka.
Tapi sejak tanah bendang di situ dipilih untuk projek kolam udang air masin, Kertau sudah tidak tenteram. Penduduk Kertau dijanjikan pampasan yang amat mahal, namun harga yang mereka terpaksa bayar juga mahal.
Ada penduduk yang setuju, telah bersedia mendepani perubahan demi pembangunan, ada pula yang tidak setuju kerana bagi mereka tanah itu tanah pusaka, maruah mereka.
'Harga Sebuah Maruah' membawa konflik dan kekalutan di Kertau. Apakah pembangunan itu perlu? Atau apakah penduduk Kertau membuta tuli menentang pembangunan.
Dari novel 'Harga Sebuah Maruah' karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah, diadaptasi ke pentas oleh A. Wahab Hamzah, dan diarahkan oleh Halimi M.N., saksikan teater ini yang dibintangi oleh Norhelmi Othman, Dr. Abdul Samat Salleh, Dr. Kipli Abdul Rahman, Mubarak Majid, Milyana Arshad dan ramai lagi.